Sabtu, 16 April 2016

Dapurku D'Riyadh (157) - Kek Lapis Horlick Koko



Bismillahirrahmanirrahim

Kek Lapis yang pelbagai warna dan rasa hasil tangan sahabat kami, Pn Nur Lukman memang popular di kalangan ibu-ibu Riyadh. Begitu halus buatannya dan sedap-sedap pula. Kek Lapis begitu sinonim dengan orang Sarawak, dari sana jugalah asal usul Pn Nur Lukman. Hasrat untuk berguru dengannya masih belum kesampaian. Namun melalui laman FB Pn Nur Lukman dapat aku melihat gambar-gambar dan resepi kek lapis yang kerap disediakan untuk keluarganya. Tiba-tiba Pn Nur Lokman berkongsi satu resepi kek lapis yang aku rasa agak sedikit bahan-bahan yang diperlukan. Semua bahan-bahannya ada di dapurku..apa lagi aku pun kuatkan semangat untuk memcubanya. Untuk menyediakan adunannya agak mudah tetapi masa yang lama diperlukan untuk mengukusnya. Ini kerana adunan kek tersebut perlu dimasak selapis demi selapis. Namun aku berpuas hati kerana rasanya yang sedap dan lembab.


Kek Lapis Horlick Koko
Resepi Kek Lapis Horlick Koko

Bahan2:
250 g mentega
5 biji telur A
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan Horlick
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar ovelete
2-3 sudu besar serbuk koko
Pewarna kuning

Cara Membuatnya:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dengan mixer.
2.Masukkan ovelete dan pukul lagi.
3.Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul dengan mixer.
4.Masukkan esen vanila dan susu pekat, kacau.
5.Masukkan tepung gandum dan Horlick, kacau sehingga rata.
6.Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak.
7.Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan satu bahagian
   lagi dicampur dengan pewarna kuning.
8.Bahagikan setiap adunan tersebut kepada tiga bahagian yang sama
   banyak.Boleh guna cawan untuk sukatan.



9.Sapukan acuan dengan mentega. Masukkan satu bahagian berwarna
   coklat dan kukus sehingga masak. (10-15 minit)



10.Masukkan pula adunan berwarna kuning dan masak lagi. Ulang
     sehingga semua adunan habis.
11.Potong setelah kek sejuk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...