Bismillahirrahmanirrahim.
Resepi asal adalah Chicken Zinger Burger. Aku sediakan resepi ini untuk dimakan bersama nasi goreng. Resepinya begitu mudah dengan bahan yang sedia ada di dapur sahaja. Ianya sesuai untuk dijadikan burger, atau isian Roti Pita atau Shawarma. Dimakan dengan sos pun sedap juga. Aku mengikut resepi asal yang diambil dari FB. Tetapi jika mahu dimakan begitu sahaja, rasanya elok ditambah sedikit rempah kari atau serbuk cili sebagai penambah rasa.
Jejari Ayam |
Resepi Jejari Ayam
Bahan2:
2 keping dada ayam (tanpa tulang) dipotong memanjang
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar Baking powder
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak untuk memasak
Bahan2 yang diperlukan |
Cara Membuatnya:
1.Campurkan semua tepung dan baking powder ke dalam sebuah
bekas.
2.Sapukan garam, lada putih dan lada hitam kepada keseluruhan ayam.
3.Pukul telur bersama garam, lada putih dan lada hitam di dalam bekas
yang berasingan.
4.Panaskan minyak didalam kuali dengan api sederhana.
5.Salut jejari ayam dengan telur kemudian dengan tepung yang
disediakan. Ulangi sekali lagi.(2 kali)
6.Goreng ayam yang disalut sehingga masak. Jika terlalu besar
saiz ayam (untuk burger) tutup kuali dengan penutup supaya
ayam lebih mudah masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan