Bismillahirrahmanirrahim
Kali ini aku mencuba masakan yang tidak pernah aku merasainya. Sekadar melihat resepi kerutuk di dalam laman FB yang dikongsi kekawan. Kerutup atau kerutuk biasanya menggunakan daging atau ayam tetapi aku menggunakan daging kambing pula. Aku ada membawa bersama rempah kerutuk keluaran Adabi ke Riyadh. Sudah lama rempah tersebut aku simpan. Kebetulan daging kambing bersama tulang masih berbaki jadi aku pun mencubanya. Sedap rasanya masakan ini hampir menyamai masakan daging gulai kawah.
Resepi Kerutuk Kambing.
Bahan2:
1/2 kilo daging kambing
28 g @ 1 paket kecil serbuk Kerutuk Adabi
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar kerisik
1 1/2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
1/2 inci halia*
2 batang serai*
1/2 inci lengkuas*
5 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
Bahan * dikisar halus
1 sudu teh asam jawa Adabi
2 1/2 cawan air
Garam dan gula Melaka secukup rasa
*Jika mahu lebih pedas boleh tambah serbuk cili kering
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam sebuah periuk.
2.Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga berbau
wangi. Masukkan rempah dan sedikit air.
3.Masak sehingga pecah minyak lebih kurang 10 hingga 15 minit.
Tambah air jika perlu.
4.Masukkan daging kambing, kerisik , santan, asam jawa, air,gula
Melaka dan garam.
5.Masak sehingga pekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan