Khamis, 7 April 2016

Travelog : Oh! Riyadh (98) - Singgah Di Taif

Singgah Di Taif


Terdapat dua jalan utama untuk balik ke Riyadh dari Mekah. Iaitu lebuh raya yang melalui Miqat Qarnul Manazil, jalan ini menjadi pilihan kebanyakan kenderaan terutama kenderaan berat. Satu lagi ialah jalan melalui Al Hada. Jalan ini melalui lereng-lereng bukit yang agak tajam dan sesuai untuk kenderaan ringan seperti kereta. Kami mengambil laluan ke Al Hada kerana mahu singgah sebentar di bandar Taif. Walaupun sudah dua kali kami melalui jalan ini namun kami tidak berpeluang untuk singgah. Bandar Al Hada ini popular dengan pelbagai daya tarikan pelancong dan menjadi pilihan percutian bagi keluarga Arab Saudi sepanjang tahun. 


Aku suka melalui jalan ini kerana pemandangan sekitarnya yang sangat menarik. Gunung-ganang yang kelihatan sepanjang perjalanan amat menakjubkan. Pasti aku tidak lupa akan kisah Rasulullah SAW  membawa diri ke Taif, dan bagaimana layanan penduduk Taif terhadap baginda. Kita tidak akan lupa layanan baginda SAW  dalam membalas kejahatan penduduk Taif ketika itu. Kasih sayang dan dakwah terhadap umatnya melebihi segalanya. Tidak jemu aku menyuruh Saffura merakamkan gambar-gambar sepanjang perjalanan walaupun aku pernah berbuat demikian sebelum ini.

Batu pejal memenuhi muka bumi pergunungan Taif

Pergunungan Taif yang berlapis

Resort berhampiran kaki gunung.

Cable Car menjadi daya tarikan utama di Taif

Tiada orang di dalamnya.Mungkin masih belum memulakan operasi.

Rumput mula mengering

Penuh dengan batu-batu.


Pohon-pohon liar kelihatan subur dan menghijau dicelahan batu.

Terus mendaki jalan-jalan yang curam

Semakin hampir ke puncak gunung

Kelihatan jambatan yang bakal dilalui dan deretan hotel.

Batu-batu tajam dan pejal.

Ada air yang mengalir.Mungkin Taif juga menerima hujan semalam.

Jalan yang agak lebar dan selesa

Makin hampir

Satu lagi tarikan di lebuh raya Al Hada

Ramai yang berhenti untuk melihat makhluk ini.

Kelihatan deretan gerai di sebelah kanan jalan sebaik sahaja jalan melalui kawasan pergunungan berakhir.
Kami singgah buat pertama kali di sini.

Deretan kedai-kedai menjual buah-buahan.

Pelbagai jenis buah-buahan ditawarkan.

Limau yang sangat manis.



Buah-buah disusun cantik.
Ada yang datang dari luar negara dan ada yang dari Taif 

Karot 1 ikat SAR5 jika beli 3 ikat SAR10. 
Segar dan manis

Buah Tin yang segar SAR30...murah sangat

Buah Mulberi ini begitu besar saiznya dan segar.
Pokok buah Mulberi turut dijual.



Orang semakin ramai singgah.
Kami terus berjalan untuk melihat apa yang ada lagi.


Air panas, jagung bakar pun ada. Cuaca memang sejuk sedikit
dan nyaman terasa.

Bunga ros pun ada

Segar...tak jemu memandangnya

Tak berani beli...

Pokok bunga lain pun ada

Taif merupakan pengeluar bunga utama di Arab Saudi.

Ada juga kedai menjual pelbagai produk bunga ros seperti air mawar dan sebagainya di sekitar gerai buah-buahan ini. Tidak teringat untuk mengambil gambarnya kerana kami tidak singgah pun di situ. Kami tidak boleh berada lama di situ kerana mahu singgah ke tempat yang menjadi objektif aku mengajak suamiku ke Taif. Bersambung di entri akan datang.


                   
                                                                                                              zias/riyadh/16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...