Liqa Pertama dan Terakhir di Riyadh.
Liqa antara program yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pelajar Riyadh Malaysia (PPRM) dan AJK Komuniti Warga Malaysia Riyadh. Ianya terbuka kepada semua warga Malaysia dan biasanya menjadi tumpuan kehadiran orang ramai, sehingga mencecah ratusan orang. Aku dan Saffura pernah menghadiri program lain seperti Muqayyam dan Kursus Hafazan Al Quran. Namun tidak berpeluang untuk hadir ke program liqa kerana setiap kali ada liqa, kami berada di luar kawasan. Alhamdulillah kami dapat hadir ke program liqa terakhir pada musim ini sebelum bermulanya cuti musim panas tahun 2016. Jadi ianya merupakan kehadiran yang pertama dan terakhir bagi kami sepanjang hampir tiga tahun berada di Riyadh.
|
Tempat berlangsungnya program.
|
Program liqa kali ini telah diadakan di Istirahah yang terletak di laluan lebuh raya ke Dammam. Kawasan yang sememangnya menjadi pilihan untuk diadakan program oleh PPRM. Seingat aku, tiga kali program yang aku hadiri bertempat di istirahah yang berlainan yang tidak jauh antara satu sama lain. Istirahah ini paling besar, cantik dan bersih, walaupun tanpa sebarang pokok ditanam buat hiasan. Khemah-khemah kekalnya juga luas dan selesa. Mempunyai dua kawasan padang rumput menghijau yang asli, juga dua kolam renang yang berpagar.
Liqa kali ini membawa tajuk "Sunnah & Syiah di Malaysia" oleh penceramah jemputan yang juga merupakan pelajar sarjana dari King Saud University iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafiz bin Abdul Basir. Berlangsung pada 22 /4/2016 dan kupasan yang diberi adalah berdasarkan hasil kajian tesis beliau.
Group WhatsApp Family Riyadh begitu meriah dengan pelbagai cerita berkaitan dengan liqa yang bakal diadakan. Menu yang disediakan menjadi topik perbincangan dan gambar lauk pauk yang disediakan turut disertakan. Seperti biasa, jamuan adalah secara potluck jadi semua diminta membawa apa juga jenis makanan dan minuman yang sesuai untuk dimakan bersama. Pun begitu lauk pauk menjadi tumpuan untuk dimakan dengan nasi putih.
|
Kari ikan disediakan oleh Pn Emy |
|
Sup Tulang disediakan oleh Pn Nani |
|
Kari Ayam disediakan oleh Dr Rosmah@ Emma |
|
Ini yang aku sediakan. |
Kami sekeluarga antara yang terawal tiba di tempat liqa diadakan sekitar pukul 4.30 petang. Mendahului kami ialah Dr Rosmah dan suaminya. Ramai pelajar-pelajar Malaysia sudah berada di sekitar bahagian depan istirahah. Aku dan Saffura mengambil kesempatan masa yang ada untuk meninjau kawasan istirahah di bahagian yang dikhaskan untuk kaum wanita.
|
Padang yang luas dan tempat bbq juga disediakan |
|
Luas dan selesa |
|
Sesuai buat kaum wanita |
|
Kolam renang pun ada dua. |
Hujan turun sebaik sahaja bermulanya aktiviti makan malam di padang berhampiran khemah. Program diteruskan juga selepas kesemua makanan dan minuman dibawa masuk ke dalam khemah tersebut. Disebabkan situasi yang tidak dijangka itu menyebabkan aku tidak sempat mengambil gambar juadah yang dihidangkan. Suasana agak kalut kerana keterbatasan ruang yang mencukupi untuk meletakkan makanan yang agak banyak. Lauk pauk yang dibawa memang banyak, pelbagai dan sedap belaka. Teringat masak Paru Goreng Bercili oleh Siti Zaleha dan kerabu Aniza Ghani yang sedap sangat. Ribuan terima kasih kepada Dr Rosmah yang telah sudi berkongsi gambar di dalam group WhatsApp Family Riyadh.
|
Semakin ramai yang tiba dan duduk berehat di khemah yang disediakan. |
Sesi ceramah bermula sebaik sahaja para hadirin selesai mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas ceramah, terdapat pula sesi soal jawab. Program berakhir sebaik sahaja selesai solat Isyak secara berjemaah. Alhamdulillah. Moga ianya memberi manafaat untuk semua baik dari segi ilmu atau pun ukhuwwah yang sedia terjalin.
|
Ceramah dimulakan |
|
Kelihatan Pn Wan Salisa dan Pn Rahimah |
|
Jeni, Zita dan Fiza |
|
Semua khusyuk memahami apa yang dikongsikan oleh ustaz |
|
Ida, Fiza, Faeda, Rahimah, Zita, Nani dan Wan Amalina |
|
Dr Fariza yang sentiasa ceria dan menghidupkan suasana |
|
Sesekali berbincang |
|
Solat Isyak sebelum bersurai |
|
Aishah, Sarah dan Saffura .
|
zias/riyadh/16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan