Merasa Lobster Dari Fish Market, Kuwait
|
Bangunan cantik - macam shopping kompleks. |
Selepas sarapan pagi kami terus ke Fish Market yang terletal bersebelahan dengan Souq Sharq. Pertama kali aku berpeluang berkunjung ke pasar ikan ketika melancong. Kesan dari nasihat Saudari Maimunah yang mencadangkan agar kami ke pasar ikan kerana hasil tangkapan ikan yang di jual di situ segar dan amat murah. Saudari Maimunah kerap kali mengirimkan udang segar untuk saudara mara yang tinggal di Mekah. Jika kita berkunjung pada masa yang sesuai terdapat jualan secara borong yang teramat murah di mana ikan, udang dan sebagainya dijual secara pukal. Di mana ikan dan sebagainya dimasukkan ke dalam bakul untuk dijual.
|
Sarapan pagi dulu ...rasa sup sayur dengan vermicelli |
|
Fish Market bersebelahan dengan Souq Sharq
|
|
Bersih dan teratur. |
|
Banyak ikan besar-besar. |
|
Segarnya ketam nih |
|
Udang dengan saiz yang pelbagai. Harga sekitar 1.5 KD - 3 KD yang besar tu. |
|
Kerapu pun besar2...ikan yang terkenal mahal di tempat lain. |
|
Panjangnye. ikan apa la . |
|
Besarnya ....ikan tenggiri yang sederhana besar ...2 - 3 KD seekor...seekor.
|
Aku tidak dapat menahan diri apabila melihat lobster di salah satu gerai yang terdapat di dalam pasar ikan tersebut. Aku ringankan mulut untuk bertanya. Pernah, semasa aku bercuti di Gold Coast, Australia aku terlepas untuk merasai lobster yang dijual atas alasan ragu-ragu dengan cara penyediaannya. Kali ini aku tidak mahu terlepas peluang lagi. 1 kilogram lobster, harganya 6KD (SAR78). Rasanya seperti murah sahaja. Aku tidak peduli, lalu membelinya seekor. Setelah ditimbang, beratnya tidak mencapai 300 gram dan harganya 2.5 KD. Dengan senang hati aku membayarnya. Suamiku kehairanan melihat gelagatku. Aku hanya tersenyum sahaja.
|
Di sinilah aku beli lobster. |
|
Dijual secara borong...malu mahu bertanya harganya. Asyik tanya aje belinya tidak. |
|
Telur ikan pun ada....sedap kalau dibuat kari. |
Kami meninjau pula di bahagian menjual sayuran dan buahan yang terletak di dalam bangunan yang sama. Disebabkan masih pagi dan hari tersebut adalah hari bekerja bagi rakyat Kuwait (Khamis), jadi suasana di dalam pasar ikan agak sunyi. Peniaga lebih ramai dari pembeli.
|
Masih pagi. |
|
Tidak banyak kedai menjual sayur-sayuran. |
|
Kedai barangan kering |
|
Pelbagai rempah dijual |
|
Beli buah Tin, 3KD untuk satu kilogram |
Sebaik keluar dari kawasan parkir di Fish
Market , kami ternampak kawasan nelayan melabuhkan kapal nelayan atau dhow
masing-masing. Deretan dhow
atau kapal nelayan dapat
dilihat dengan jelas. Kami singgah untuk melihat deretan kapal nelayan atau dhow
tersebut tetapi kami tidak boleh berada lebih lama di sekitarnya. Ini disebabkan bau ikan yang terlalu kuat terhidu di kawasan itu.
|
Besar juga kapal atau dhow nelayan nih. |
|
Sibuk nampak! |
|
Ikan-ikan yang bersaiz kecil, ada yang dibuang begitu sahaja. |
|
Terbuang...mungkin menjadi rezeki makhluk lain. |
|
Burung Camar meninjau rezeki |
Di seberang jalan terdapat bangunan-bangunan yang sedang di dalam pembinaan.
|
Bangunan ini juga merupakan tumpuan pelancong namun sedang diubahsuai untuk kemudahan akan datang. |
Balik ke hotel, aku terus merebus lobster yang dibeli tadi tanpa garam. Masha Allah dan Alhamdulillah begitu sedap rasanya. Menyesal sungguh kerana aku hanya membeli seekor sahaja. Hingga kini Saffura tidak habis-habis menyebutnya. Mujurlah aku biasa melihat rancangan masakan bagaimana mengendalikan lobster agar isinya dapat diambil sepenuhnya.
|
Hanya satu ekor |
|
Rebus di dalam periuk yang sering aku dibawa kemana sahaja |
|
Manis, gebu, lembut....aihhh susah untuk diceritakan. Lebih sedap dari
ketam dan udang. |
Dalam rasa gembira bertemu dengan keluarga Almarhum Pak Long Mustafa dan menikmati isi lobster yang enak, ada rasa bersalah di dalam hati. Ini kerana aku mendapat tahu ada sahabat ODOJ yang telah berkunjung ke hotel, tempat aku tinggal malam tadi. Mereka tiba selepas tidak lama kami keluar dari hotel bersama Saudara Ahmad. Aku merasa sedih kerana menghampakan harapan mereka yang sudah bersusah payah mencari kedudukan hotel agar dapat bertemu dengan aku. Aku hanya mampu memohon ribuan maaf atas kekhilafan tersebut. Semuanya berlaku tanpa diduga.
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan