Kamera Baru
Bermula pada bulan November 2015 sehingga di bulan Januari 2016, jualan murah masih berlangsung di Riyadh. Saco, Qasr al Awani, Ikea dan sebagainya menawarkan potongan harga sehingga 70%. Jarir Bookstore juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai harga menarik bagi barangan seperti kamera, telefon bimbit dan juga komputer. Aku mengambil masa lebih dari sebulan untuk membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak kamera berjenama Nikon yang ditawarkan dengan harga yang aku rasa agak murah. Akhirnya aku nekad untuk membelinya dan kami berkunjung ke Jarir Bookstore pada hari terakhir tawaran iaitu pada 31/12/2015. Selama ini aku bergantung kepada telefon bimbit dan tab berjenama Samsung bagi mengambil gambar untuk diletakkan di dalam blog. Moga gambar-gambar yang akan dimuatkan di masa akan datang lebih menarik untuk ditatap. InshaAllah.
|
Gambar pertama yang aku ambil dengan kamera baru.
Buah limau dari Mesir yang sangat manis rasanya. |
Hujung minggu lepas kami habiskan dengan berkunjung ke beberapa tempat untuk berlatih menggunakan kamera baru. Kebanyakan gambar diambil oleh Saffura. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah King Salman Prairie Park. Suasana begitu meriah dengan orang ramai mula memenuhi setiap kawasan untuk berkelah. Disebabkan kawasannya agak luas jadi mudah bagi pengunjung untuk memilih tempat yang difikirkan sesuai mengikut keperluan masing-masing. Kebanyakannya dari mereka, berkelah sambil membakar makanan seperti kebab juga memasak minuman seperti teh dan kopi. Kawasan park ini amat sesuai untuk berkelah kerana dilengkapi dengan tandas dan bekalan air paip untuk kegunaan ketika berkelah.
|
Binaan khas untuk aktiviti BBQ yang begitu privasi |
|
Semua kawasan boleh dimasuki kereta |
|
Pilih-pilih |
|
Ada khemah besar juga |
|
Terdapat beberapa taman permainan untuk kanak-kanak |
|
Ada yang memilih untuk duduk di bawah pokok |
|
Ada juga yang memilih gua-gua kecil di sekitar bukit |
|
Banyak kawasan lapang untuk kanak-kanak bermain |
|
Mahu bersendirian, jauh dari yang lain |
|
Kemudahan tandas turut disediakan |
Hujan yang turun beberapa kali pada minggu lepas juga turut meninggalkan kawasan yang ditakungi oleh air yang agak banyak. Ianya mencetuskan suasana pemandangan yang lebih cantik dari biasa. Kawasan yang kering kini agak basah dan kesan air dapat dilihat di mana-mana. Lagi suka kami berjalan-jalan sekitar kawasan berair sambil mengambil gambar.
|
Pasti kawasan ini menerima kuantiti air yang banyak sehingga pokok
kelihatan hampir tumbang dan sampah sarap tersangkut di dahan
pokok tersebut. |
|
Kolam muncul di celahan kawasan berbukit. |
|
Keluar dari kawasan park.
|
Kemeriahan berpiknik ketika winter jelas kelihatan di mana-mana termasuk di kawasan lapang yang terletak berhampiran jalan raya sekitar Riyadh.
Kami meneruskan perjalanan ke Wadi Hanifah yang terletak di Diriyah pula untuk melihat keadaan di sana.
|
Mercu tanda Diriyah |
|
Satu keluarga besar sedang berkelah |
|
Pelbagai barangan untuk memasak |
|
Siap dengan khemah lagi. Kanak-kanak bebas bermain di sekitarnya |
|
Mahu bersendiri |
|
Entah apa topik perbincangan |
|
Terdapat juga tempat untuk lepak2 yang lebih formal |
|
Kawasan sekitar empangan air turut menjadi
tumpuan ramai. |
|
Ada yang menjual barang keperluan memasak |
|
Ini pula suasana di sebuah taman yang terletak berhampiran sebuah
pekan kecil di Wadi Hanifah |
|
Pelbagai aktiviti dijalankan |
|
Begitu santai sekali |
|
Juga sebuah taman yang dilengkapi dengan kemudahan masjid,
kedai-kedai. Ianya baru beroperasi. |
Winter memang dinanti
Winter menjanjikan kenikmatan
Malam yang panjang dan tenang
membuka ruang untuk beribadah
Hujung minggu pula merapatkan ukhuwah
Hujan yang turun menyuburkan tanah
Lalu pepohon kurma bisa berbuah.
Musim-musim yang datang dan pergi
Menzahirkan kekuasaan Sang Pencipta
Nikmat demi nikmat Allah berikan
Moga diri ini terus bersyukur.
zias/riyadh/16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan