Selama dua minggu sekolah-sekolah di Arab Saudi bercuti sempena berakhirnya semester pertama persekolahan bagi sekolah-sekolah milik kerajaan dan sekolah antara bangsa. Cuti bermakna lebih banyak makanan perlu disediakan untuk dijadikan kudapan sepanjang hari. Lebih-lebih lagi di waktu cuaca yang sejuk begini, perut sentiasa minta diisi.
Sudah lama aku ingin membuat Biskut Kacang terutama semenjak tinggal di Riyadh. Aku pernah membuatnya lama dahulu ketika tinggal di kuaters Stesen Satelit Bumi, Lendu di Alor Gajah Melaka. Ketika itu ianya lebih popular dengan nama Biskut Mazola kerana menggunakan minyak jagung berjenama Mazola untuk menyediakannya. Resepi ini aku ambil dari Blog Dapur Tanpa Sempadan. Rasanya sedap sangat.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2
1 cawan tepung gandum*
1/4 sudu kecil baking powder*
Bahan * diayak bersama
3/4 cawan kacang tanah, dibakar, dibuang kulit dan dikisar halus.
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula halus
Secubit garam
1 biji telur (kuning sahaja)
Minyak jagung secukupnya (anggaran 1/2 cawan)
Kuning telur untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan
Cara membuatnya:
1.Satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, garam,
esen vanila dan kuning telur ke dalam sebuah bekas.
Gaul hingga semua rata.
2.Tuang minyak tanah sedikit demi sedikit sambil digaul
adunan tadi hingga menjadi doh yang boleh dikepal.
3.Bentukkan bulat-bulat dan susun dalam dulang pembakar
yang dilenser dengan sedikit minyak.
Hias dengan kacang tanah dan tekan sedikit.Sapu dengan
kuning telur.
Siap dibentuk dan dihias |
4.Bakar dalam oven pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit.
Siap dimasak...boleh dimakan. Satu adunan dapat lebih kurang 30 biji biskut. |
Assalamu'alaikum Jee... insyaAllah boleh minta anak ikut resepi ini.. kw suka biskut ni
BalasPadamWaalaikumussalam.Cubalah kw. Terima kasih kerana sudi
BalasPadamberkunjung ke blog saya ni.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam