Jumaat, 1 Januari 2016

Dapurku D'Riyadh (115) - Blueberry Cheesecake


Minggu ini dua kali aku menyediakan blueberry cheesecake, tidak sangka pula ianya begitu sedap. Agak sukar untuk mendapatkan resepi yang menjadi dan sedap pula terutama bagi cheesecake. Aku sekadar memilih resepi dari Blog cyanxkamo.blogspot.com setelah melihat gambar-gambar blueberry cheesecake di google. Pilihan resepi aku ini menghasilkan kek yang disukai seisi keluarga dan habis dalam masa sehari. Aku menyiapkan kek tersebut pada waktu malam dan menyimpannya di dalam peti sejuk seperti yang diarahkan. Esoknya aku terbangun agak awal kerana teringat kek yang berada di dalam peti sejuk. Aku terus menjamah sepotong kek tersebut buat sahur untuk berpuasa pada hari Isnin.

Blueberry Cheesecake yang dibeli dari Tamimi Market
SR89.90.

Paginya aku terlewat untuk menyediakan bekalan untuk Saffura bawa ke sekolah. Aku mencadangkan kepada Saffura untuk membawa sepotong kek yang aku telah sediakan itu. Pulang dari sekolah Saffura terus bercerita perihal kawan-kawannya yang begitu teruja dengan kek yang dibawanya. Mereka meminta aku membuatkan untuk mereka sempena jamuan hari akhir persekolahan untuk semester ini. Kebetulan akan berlangsung sambutan 4seasons di sekolah. Jadi pada malam Rabu, Saffura membantu aku menyediakan Blueberry Cheesecake yang agak mudah disediakan. Jom tengok resepinya. Aku menggunakan separuh sahaja bahan dari resepi asal, jadi kek yang terhasil bersaiz kecil.



Antara bahan yang diperlukan


Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Blueberry Cheesecake
Bahan A
1/2pek  @ 1 cawan biskut
50 g mentega
Cara Membuatnya:
1.Kisar  biskut sehingga hancur/halus



2.Cairkan mentega


3.Gaulkan serbuk biskut bersama mentega cair sehingga boleh dikepal.



4.Tekan ke dalam acuan yang disapu mentega/minyak
   dan di alas kertas minyak untuk acuan kek.


5.Masukkan ke dalam freezer sehingga hendak
   digunakan. Bungkus dengan  plastik untuk elakkan
   dari berbau.
   
Bahan B
300 g cream cheese jenama Almarai
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil perisa strawberi

Cara Membuatnya:
1.Pukul cream cheese sehingga sebati dan berkrim.
   Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.



2.Masukkan tepung dan pukul lagi.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lebih
   kurang satu minit setiap kali masukkan telur.
   Masukkan pula esen vanila dan perisa strawberi.




4.Pukul sehingga sebati.Gunakan spatula untuk
   kaup bahagian yang tidak bercampur supaya
   semua menjadi sebati.
5.Tuangkan ke dalam acuan yang berisi biskut tadi.
   Letakkan acuan yang ibalut dengan aluminium foil
   di bahagian bawahnya ke dalam bekas pembakar
   yang dimasukkan air (waterbath).



6.Bakar pada suhu 180 C selama 45-55 minit
   atau sehingga masak.



7.Selepas masak keluarkan dari bekas berisi
   air dan letakkan di dalam peti sejuk selama
   satu malam.



Hias dengan blueberry pie filling
Rasa sepotong


Sedapnya... tak cukup sepotong la.

Ini untuk dibawa ke sekolah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...