Kibbeh atau juga disebut kebbah merupakan sejenis makanan Arab yang sedap bagi aku. Kibbeh dan samosa merupakan hidangan permulaan sementara menanti hidangan nasi atau kebab. Mempunyai inti yang diperbuat dari daging, ayam atau cheese. Pertama kali aku merasainya ialah ketika menghadiri jamuan makan tengahari di tengah padang pasir anjuran pihak universiti di mana suamiku bekerja. Aku tidak pasti akan nama makanan tersebut yang aku rasa agak mewah rasanya. Sehingga aku ternampak gambarnya ketika menjamu selera di Restoran Al-Romansiah. Aku pun membuat pesanan untuk memastikan ianya adalah kuih yang pernah aku makan. Baru aku tahu namanya. Kibber juga dijual dalam bentuk sejuk beku di kebanyakan mall di sini.
SAR3 sebiji. Ada inti di dalamnya. |
Untuk menyediakan kibbeh kita perlu bahan khas bernama bulgur yang akan dijadikan kulitnya. Mujur ianya banyak dijual di mall atau hypermarket di Riyadh. Aku pun mula mencari resepi di blog2 untuk mengetahui cara menyediakannya. Seperti biasa lah aku akan memilih resepi yang agak mudah untuk mencubanya. Aku buat sedikit dahulu, hanya 11 biji sahaja.
Bulgur dari Turki |
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
Bahan Untuk kulit
3/4 cawan bulgur
1/4 cawan daging yang dikisar halus
1 sudu kecil all spice/arabic spice/serbuk kari
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji bawang besar dipotong besar
Caranya
1.Rendam bulghur di dalam air sejuk selama 30 minit.
Toskan dan perah (guna kain) supaya semua air
disingkirkan. Boleh juga ditekan dengan sudu
di dalam penapis untuk buang air yang berlebihan.
2.Masukkan bulghur ke dalam food processor
bersama semua bahan lain seperti di atas kecuali
daging. Mesin sehingga halus dan sebati.
3.Masukkan ke dalam sebuah mangkuk.Masukkan
daging dan gaul sehingga rata dan membentuk doh.
Tutup dan simpan di dalam peti sejuk selama
30 minit.
Bahan untuk inti
3/4 cawan daging dikisar halus
1 biji bawang besar didadu kecil
1-2 ulas bawang putih (dikisar)
Garam secukup rasa
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil all spice/Arabic spice/serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 cawan pine nuts(aku tak letak)
2 sudu besar minyak zaitun/minyak
Minyak untuk menggoreng
Sedikit serbuk daun pudina kering/parsley.
Caranya
1.Panaskan minyak zaitun di dalam sebuah kuali. Masukkan
bawang besar.Kacau sehingga sedikit perang. Masukkan
bawang putih, garam, lada hitam, all spice dan cumin.Kacau.
2.Masukkan pine nuts dan daging. Kacau sehingga masak.
Angkat dari api dan masukkan daun pudina kering dan
kacau.Biarkan sejuk.
Cara Membentuk kibbeh:
1.Ambil bahagian kulit sebesar sebiji telur. Bentukkan bulat
dan dibuatkan lubang untuk dimasukkan inti.
2.Bentukkan seperti yang dikehendaki. Jika susah untuk
membentuknya, basahkan tangan dengan air sejuk
( air dari peti sejuk).
3.Goreng di dalam minyak yang banyak sehingga
perang/masak
Sedap dimakan begitu sahaja, boleh juga dimakan bersama sos. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan