Selepas aku tidak lagi menghadiri kelas di Dar Al Zikr, bekas rakan-rakan Dar Al Zikr mengwujudkan group WhatsApp untuk kami meneruskan persahabatan yang sedia terjalin. Shahana dari Sri Lanka menjadi group admin dan dengan rela hati berkongsi ilmu tafsir al Quran. Ianya merupakan rakaman kelas pengajian al Quran. Rakaman tersebut menjadi teman aku ketika memasak di dapur. Gaya penyampaian Saudari Taimiyyah Zubair dari Al Huda International memang di luar dari kotak kebiasaaan yang pernah aku dengar dari penceramah di tanah air. Ianya lebih bersifat universal, terbuka , terkini dan lebih menyentuh hati. Contoh-contoh yang diberi sesuai dengan suasana ketika ini memudahkan lagi untuk ianya difahami. Rugi rasanya jika ilmu tersebut tersimpan di dalam hp aku, lantas aku berazam untuk mencatatkannya di dalam blog aku. Ianya bukan sahaja akan menjadi rujukan aku, juga untuk ahli keluargaku dan mereka yang singgah di blogku.
Terasa begitu kerdil diri ini kerana selama ini hanya memberi tumpuan untuk membaca al Quran dengan betul. Melazimkan diri membaca al Quran setiap hari. Sesekali berazam dan mencuba membuat hafazan surah-surah tertentu dengan alasan sudah berusia. Sedangkan diri tidak memahami pertuturan dari Allah, Pencipta diri ini juga alam semesta. Sekadar mendengar beberapa tafsiran ayat-ayat tertentu yang disampaikan oleh ustaz atau ustazah di surau, ceramah umum, sekolah, radio, YouTube atau di buku-buku. Terasa ianya tidak mencukupi, aku perlu kepada kelas khas untuk memahami dengan lebih mendalam akan al Quran. Mohon Allah beri kepadaku kekuatan untuk membuat catatan berdasarkan kuliah yang disampaikan. Aku juga akan memasukkan bahan-bahan yang berkaitan melalui rujukan dari sumber-sumber lain bagi mengukuh kefahaman dan membolehkan ianya dipraktikkan. Moga Allah menjadikan diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku sebahagian dari golongan Ansar, yakni mereka-mereka yang membantu menegakkan Islam.
#################################################################################
Sebelum kita mula memahami isi al Quran, elok kita memahami terlebih dahulu, apa itu al Quran?
Al Quran adalah perkataan, percakapan, kalam Allah. Apa yang Allah beritahu kepada kita.
Kenapa penting untuk kita mengetahui apa yang Allah beritahu kepada kita?
Ianya penting kerana Allah lah yang menciptakan kita. Jadi kita mesti tahu apa yang Allah mahu kita buat dan apa yang Allah tidak mahu kita lakukan.
Al Quran bermaksud baca - Qiraah. Al Quran mesti dibaca bukan sekadar dipelajari. Al Quran juga membawa maksud,
- perkataan dari Allah, percakapan dari Pencipta kita
- ilmu
- buku panduan
-surat dari Allah kepada manusia.
Allah sendiri memberitahu kepada kita apa itu al Quran di dalam al Quran itu sendiri. Terdapat banyak sentuhan berkaitan al Quran di dalam surah-surah yang terdapat di dalam al Quran. Ada yang diulang beberapa kali.
Surah As Syuara ayat 192 -196.
#################################################################################
Sebelum kita mula memahami isi al Quran, elok kita memahami terlebih dahulu, apa itu al Quran?
Al Quran adalah perkataan, percakapan, kalam Allah. Apa yang Allah beritahu kepada kita.
Kenapa penting untuk kita mengetahui apa yang Allah beritahu kepada kita?
Ianya penting kerana Allah lah yang menciptakan kita. Jadi kita mesti tahu apa yang Allah mahu kita buat dan apa yang Allah tidak mahu kita lakukan.
Al Quran bermaksud baca - Qiraah. Al Quran mesti dibaca bukan sekadar dipelajari. Al Quran juga membawa maksud,
- perkataan dari Allah, percakapan dari Pencipta kita
- ilmu
- buku panduan
-surat dari Allah kepada manusia.
Allah sendiri memberitahu kepada kita apa itu al Quran di dalam al Quran itu sendiri. Terdapat banyak sentuhan berkaitan al Quran di dalam surah-surah yang terdapat di dalam al Quran. Ada yang diulang beberapa kali.
Surah As Syuara ayat 192 -196.
Ayat 192 dengan jelas menyatakan
Al Quran diturunkan oleh Allah SWT.
Siapa Allah - Rabb, pencipta, pemilik, tuan punya seluruh alam.
Siapa yang turunkan al Quran?
Ayat 193 - Jibril.
Kepada siapa?
Ayat 194 - Muhammad Rasullullah s.a.w.
Untuk apa - memberi ingatan kepada manusia apa yang baik apa yang tidak
Dalam bahasa apa?
Ayat 195-196 - Bahasa Arab yang jelas
Bagaimana dan dalam bentuk apa al Quran diturunkan?
Diturunkan bertahap-tahap melalui wahyu selama 23 tahun
Ayat 106 Surah Al-Isra yang bermaksud
" Dan al Quran (kami turunkan) beransur-ansur agar engkau (Muhammad) membacakannya kepada manusia perlahan-lahan, dan kami menurunkan secara bertahap."
Al Quran diturunkan secara berperingkat untuk menguatkan Rasulullah s.a.w seperti yang dinyatakan di dalam ayat 32 Surah Al Furqan.
Bila diturunkan?
Pada bulan Ramadhan, di malam Lailatulqadar iaitu malam 10 terakhir (ganjil) di bulan Ramadhan.
Surah Al Qadr
Kenapa Allah turunkan al Quran ?
Sebagai panduan, untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada keadaan yang terang. Bayangkan di dalam suasana gelap, kita tidak boleh nampak apa-apa misalnya di mana kedudukan meja, kerusi, pintu dan sebagainya. Jika kita berjalan atau bergerak pasti kita akan jatuh dan cedera. Kegelapan bermaksud mengabaikan apa yang disampaikan. Begitu juga di dalam kehidupan ini jika kita tidak tahu apa yang patut dibuat pasti kita akan lakukan banyak kesilapan. Kesannya bukan sahaja kepada diri kita bahkan kepada manusia dan seluruh alam. Al Quran diturunkan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada kita untuk kita menghadapi kehidupan ini.
Ayat 1 Surah Ibrahim yang bermaksud:
"Alif Lam Ra,(Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau
mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin
Tuhan (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Perpuji"
Kepada siapa al Quran diturunkan?
Untuk semua manusia, bukan kepada orang-orang Islam sahaja.
Ayat 41 Surah Az Zumar yang bermaksud;
"Sungguh, Kami menurunkan kepadamu kitab (al Quran) dengan membawa kebenaran untuk
manusia; siapa yang mendapat petunjuk, maka (petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa
sesat maka sesungguhnya kesesatan itu untuk dirinya sendiri, dan engkau bukanlah orang yang
bertanggung jawab terhadap mereka"
Ayat lain yang mengukuhkan fungsi al Quran |
Tiada kesilapan di dalamnya. Tidak seperti buka yang dikarang oleh manusia yang terdedah kepada kesalahan.
Nama-nama lain bagi al Quran
1. Furqan - kriteria...membezakan antara yang benar dan salah.
2.Al Kitab - Buku (dalam Surah Al Baqarah)
3.Al Zikr - ingat kepada Allah
4.Tanzil - diturunkan bertahap-tahap (dalam Surah As Syuara)
Apakah status al Quran?
Di dalam kehidupan ini, kebiasaannya kita memberi keutamaan berdasarkan status atau apa yang diperlukan. Apakah status yang Allah beri kepada al Quran. Ianya terdapat di dalam al Quran, Surah Yunus ayat 58.
Maksudnya:
"Wahai manusia!Sungguh, pelajaran(al Quran) telah datang kepadamu dari Tuhanmu, penyembuh bagi
penyakit dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." (57)
"Katakanlah (Muhammad), ' Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka
bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan." (58)
Dengan pemberian al Quran, kita disuruh gembira dan tunjukkannya dengan senyuman. Ianya adalah kurniaan dari Allah. Ianya lebih baik dari apa-apa juga yang boleh dikumpulkan. Biasanya yang dikumpulkan oleh manusia adalah sesuatu yang bernilai. Status al Quran terlalu tinggi.
Di dalam Surah Al Anbiya ayat 50.
Maksudnya :
"Dan ini (al Quran) adalah suatu peringatan yang mempunyai berkah yang telah kami turunkan
Maka apakah kamu mengingkarinya?"
Mubarak/berkat - pemberian, Penuh dengan kebaikan, di dalamnya terdapat kebaikan serta faedah yang melimpah ruah untuk manusia.
Terdapat banyak hadis-hadis yang menyatakan status al Quran di sisi Allah. Al Quran menjadi penghubung kita dengan Allah S.W.T. Kita akan selamat selagi berpegang kepada al Quran. Ada manusia yang menjadi pilihan Allah, mereka ialah manusia yang;
-percaya kepada al Quran
-belajar al Quran
-mengajar al Quran
-membaca al Quran
-menghafal al Quran
-beramal dengan al Quran
-berpegang teguh dengan al Quran
Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al Quran
Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:Sebaik manusia di antara
kami orang yang mempelajari al Quran dan mengajarnya kepad orang lain"
[Hadis Riwayat Bukhari]
Boleh rujuk di 40 Hadits Fadhilah Al Quran l Dzikir20 untuk mengetahui martabat al Quran dengan lebih lanjut.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk memahami dan beramal dengan al Quran.
Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:Sebaik manusia di antara
kami orang yang mempelajari al Quran dan mengajarnya kepad orang lain"
[Hadis Riwayat Bukhari]
Boleh rujuk di 40 Hadits Fadhilah Al Quran l Dzikir20 untuk mengetahui martabat al Quran dengan lebih lanjut.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk memahami dan beramal dengan al Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan