Jumaat, 8 Januari 2016

Dapurku D'Riyadh (117) - Makaroni Sup



Pasta merupakan makanan pilihan selain roti bagi masyarakat di sekitar Timur Tengah. Informasi ini aku dapati dari Dr Hamdi ketika kami berkunjung ke rumahnya tempoh hari. Namun bagi keluarga Dr Hamdi mereka memilih untuk menyediakannya sendiri bukan dibeli pasta yang diimport dari luar. Di Riyadh, pasta dalam bentuk mentah dijual dengan harga yang sangat murah dan selalu dibuat promosi. Pelbagai bentuk pasta yang dijual, ada yang berbentuk panjang, ada yang pendek dengan pelbagai bentuk yang menarik. Spageti pula memang menjadi hidangan setiap minggu di rumahku bagi  menggantikan mee kuning

Resepi ini aku perolehi dari rakan guru Hjh Faezah Hanim. Semasa di TIKL, Hjh Faezah Hanim kerap kali menjamu kami dengan hidangan seperti Makaroni Sup dan Sheperd's Pie. Dua hidangan yang menjadi kegemaranku yang masih aku ingat hingga saat ini walaupun ianya sudah agak lama berlalu. Kami tidak berpeluang lagi merasainya apabila Hjh Faezah Hanim berpindah ke Sekolah Teknik Gombak, Selangor pada tahun 2000/2001. Seperti biasa aku mengubah sedikit resepi tersebut sesuai dengan bahan yang ada di dapurku. Di musim winter begini, ianya amat sesuai untuk disaji.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Makaroni Sup
Bahan2:
1 mangkuk kecil makaroni (aku guna conchiglie) direbus hingga lembut

Conchiglie
                                                                            
1/2 mangkuk kecil daging kisar
1/2 tin sudu besar tomato sup
3 sudu besar sos tomato
1 biji kentang didadu
1/2 biji karot
5 biji cendawan butang dibelah
1 biji buah tomato didadu
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia*
Bahan * dikisar 
1 sudu kecil jintan manis ditumbuk kasar
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit serbuk oregano
Sedikit serbuk parsley
1/2 batang celeri dipotong kecil
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Air/stok ayam
Kubis (tak letak)
Daun bawang(tak letak)

Antara bahan2 yang diperlukan

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dan mentega di dalam sebuah periuk. Masukkan bawang
   besar kemudian bawang putih, halia dan jintan. Kacau sekejap, masukkan
  daging kisar. Kacau.
2.Masukkan pula karot, kentang, celeri, tomato, sos tomato, tomato sup,garam
   dan serbuk lada hitam.


3.Kacau sehingga agak sebati, masukkan air mengikut keperluan.Kacau dan
   biarkan sehingga kentang lembut.
4.Masukkan serbuk oregano dan parsley. Perlahankan api dan biarkan sehingga
   pekat sedikit.
5.Masukkan makaroni/conchiglie, kubis dan daun bawang dan kacau sekejap.
   Tutup api dan boleh dihidangkan.
  



Ehmmm...sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...