Sudah lama aku ingin membuat kek yang cantik ini tapi terasa macam susah aje. Resepi popular ini memang mudah diperolehi melalui buku-buku resepi dan juga ditayang di Fb. Akhirnya resepi yang dikongsi oleh rakan-rakan Fb menjadi pilihanku. Resepi ini agak mudah dengan sukatan yang sesuai untuk mereka yang mahu mencubanya buat pertama kali. Menghasilkan 12 biji cupcake yang comel dan sedap. Resepi asal rasanya milik Azlita kerana ada nama Ita di dalamnya. Menariknya kek ini ialah penggunaan cuka dan baking soda yang menghasilkan karbon dioksida, menjadikannya lebih gebu dan ringan secara semulajadi. Kek ini juga tidak terlalu manis seperti yang pernah aku beli di kedai.
Oleh kerana banyak bahan yang perlu disediakan, aku membahagikannya kepada beberapa bahagian supaya lebih mudah untuk diikuti. Sebaiknya sediakan kesemua bahan A sehingga D sebelum mula memukul mentega dan gula.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2
Untuk Menyediakan cupcake
Bahan A
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
Ayak kesemua bahan di atas di dalam sebuah mangkuk.
Ketepikan.
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
Sedikit air
Satukan kesemuanya di dalam sebuah mangkuk kecil.Kacau
rata sehingga menjadi paste.
Bahan C -Buttermilk
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu besar jus lemon
Campurkan keduanya di dalam sebuah bekas.
Bahan D
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda
Bahan E.
57 gram mentega tanpa garam
3/4 cawan gula halus/kastor
1 biji telur
1/2 sudu esen vanila
Cara Membuatnya:
1.Panaskan oven pada suhu 175 C.
2.Pukul mentega dan gula dengan menggunakan
mixer sehingga lembut dan ringan.
3.Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
4.Masukkan esen vanila dan Bahan B dan pukul
sehingga rata.
5.Masukkan Bahan A(tepung)berselang seli
dengan Bahan C(buttermilk) Mulakan dengan
tepung dan diakhiri dengan tepung (tepung,susu,
tepung,susu dan tepung).Kacau.
6.Masukkan Bahan D ke dalam adunan dan gaul
sempurna dengan spatula.
7.Masukkan ke dalam loyang pembakar/ bekas
cupcake. Bakar sehingga masak.
8.Sejukkan dan hias dengan cream cheese topping.
Cream Cheese Topping
250 gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cawan gula icing(diayak)
1 sudu kecil jus lemon
Cara Membuatnya:
1.Pukul cream cheese sehingga kembang.
2.Masukkan bahan-bahan lain dan pukul
lagi dengan mixer sehingga lembut dan
gebu.
4.Hiaskan cupcake dengan cream cheese.
3.Ambil sedikit potongan kek untuk
dihancurkan dan ditabur pada kek.
Cubalah... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan