Penyeluk Saku Di Paris!
Agak sukar mencari hentian Metro untuk ke Grand Palais. Akhirnya kami tersadai di sebuah pusat membeli belah , Le Palais Des Congres. Nyata kami tersilap pilih Palais kali ini. Kami keluar dan melihat keadaan sekeliling ternyata kami sudah sesat. Ada hikmahnya juga kami tersesat di sini kerana kami boleh berehat sebentar sambil menunaikan Solat Qasar dan Solat Jamak bagi Solat Zohor dan Asar. Kami masuk semula ke dalam pusat membeli belah yang tidak ramai pengunjung ketika itu. Maklumlah musim panas ramai yang mengambil kesempatan berjemur di bawah terik matahari. Berbanding kita yang akan mencari kawasan berhawa dingin jika cuaca panas. Susun atur kedai kelihatan amat berlainan konsepnya. Moden dan menarik, sekali pandang kita ternyata ianya pilihan orang berada.
Kami mencari tandas awam juga tempat yang sesuai untuk menunaikan solat. Pastinya tiada surau di sediakan di sini namun kewajipan harus ditunaikan. Kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat di dalam salah sebuah kedai makanan yang terdapat di situ. Kami memilih sebuah kafe yang menjual makanan ringan dan juga tidak ramai orang di dalamnya. Kelihatan juga susun atur meja yang agak sesuai untuk kami jadikan tempat menunaikan solat. Jarak antara tandas awam dengan kedai tersebut agak jauh namun kami
terpaksa juga akur dengan keadaan yang sebegitu. Kami memesan fruit tart bersaiz besar dan muffin coklat serta air mineral sebagai syarat untuk menggunakan
kemudahan tempat duduk di situ. Jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak 7 Euro. Kami merasa agak selesa memandangkan juru jual adalah seorang anak gadis berbangsa Asia dan agak peramah.
Dalam perjalanan ke stesen Metro kami
disapa oleh dua orang anak gadis yang amat peramah. Mereka berdua bertanya kepada suamiku bagaimana hendak membaca peta metro yang ada di tangan salah seorang dari mereka. Mereka berbual dalam Bahasa Inggeris dengan fasih. Suamiku pula tanpa rasa ragu-ragu mahu membantu lalu menunjukkan
kepakaranya kepada mereka berdua. Untuk tidak menghalang laluan orang ramai, kami bergerak ke tepi di laluan jalan menuju ke metro. Pelbagai
pertanyaan diajukan berkaitan dengan peta metro tersebut. Aku yang tidak begitu memahaminya boring menanti perbincangan mereka. Mereka
mengaku dari negara Itali walaupun suamiku berulang kali menyangkalnya dan dengan yakin meneka bahawa mereka dari negara Sepanyol berdasarkan loghat bahasa mereka. Tanpa rasa jemu suamiku terus membantu mereka, ternyata mereka masih tidak faham juga. Tiba-tiba mereka berkata sesuatu kepada Saffura yang
sentiasa berdiri di sebelah ayahnya.
Setelah mereka pergi barulah kami menyedari taktik menipu yang cuba digunakan kepada kami. Salah seorang dari mereka cuba membuka zip beg kecil yang berada di pinggang suamiku.
"Ayah!Kakak berdua tadi tu nak cuti dompet ayah tahu tak!" Saffura bersuara separuh menjerit."Sebab itu kita peluk ayah tadi."Sambung Saffura lagi.
Suamiku membelek beg yang terikat di pinggangnya."Haah...memang terbuka sikit ni.Alhamdulillah pandai anak ayah." Suamiku menarik nafas lega.
"Ayah terlupa di Paris ini memang banyak penyeluk saku." Suamiku seolah baru tersedar.
"Patutlah mereka macam marah dekat Saffura tadi."Aku pula menambah dengan rasa kesal kerana tidak memberi perhatian kepada mereka. Mungkin kami sudah keletihan lalu hilang tumpuan.
Kami bersyukur kepada Allah kerana tiada kejadian buruk berlaku maklumlah di dalam beg kecil yang diikat pada pinggang suamiku itu amat berharga. Di dalamnya bukan sekadar mengandungi wang tunai bahkan juga yang paling bernilai ialah pasport antara bangsa milik kami bertiga. Bayangkan jika kesemuanya hilang tentunya percutian kali ini penuh dengan duka dan rancangan untuk ke Istanbul mungkin bermasalah. Suamiku mengucapkan terima kasih kepada Saffura kerana kebijaksanaannya yang telah menyelamatkan kami semua dengan izin Allah. Suamiku terus member peringatan akan pentingnya kami mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w sepanjang masa seperti doa dan tidak meninggalkan solat. Ini supaya kembara kita mendapat pelindungan dan keredhaan Allah s.w.t. Memang banyak kejadian kehilangan dompet di Kota Paris ini yang telah kami dengar dari kawan-kawan atau tulisan di blog. Tidak disangka pula gadis-gadis cantik turut terlibat untuk melakukannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan