Isnin, 19 Oktober 2015

Travelog : Oh!Riyadh (71)- Rehlah- Buraidah


Rehlah- Buraidah

Buraidah bandar terpenting bagi daerah Qassim. Terletak di WadiAl Rummah, memiliki penduduk melebihi 1/2 juta orang. Terkenal dengan penghasilan pelbagai produk pertanian seperti kurma, lemon, oren serta gandum. Malah setiap tahun menganjurkan Dates Annual Festival pada bulan Ogos dan September. Buraidah juga memiliki pasar unta terbesar di dunia. Terletak di laluan Lebuh raya Riyadh - Madinah, menjadi tempat  persinggahan yang agak popular. 


Mercu tanda Buraidah. Tangki air dan memiliki ruang untuk
melihat persekitarannya. Bercahaya di waktu malam.
Kami tiba di Buraidah sekitar pukul 7.00 malam dan terus mencari hotel yang telah ditempah melalui Bookong.com. Bangunan hotel seperti apartmen itu, seperti yang kami pernah tinggal di Ha'il, Tabuk dan Jeddah. Menyediakan kemudahan seperti dua bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Petugas di kaunter agak peramah walaupun tidak tahu berbahasa Inggeris. Namun dia begitu gembira kerana pada minggu tersebut terdapat dua keluarga Malaysia menginap di situ. Dia menyebut nama Dr Norizan yang merupakan rakan sekerja suamiku. Keinginan untuk menikmati ayam goreng di Al Baik, kami pendamkan sahaja kerana terlalu lapar. Lalu kami menjamu selera di kedai ayam goreng yang terletak bersebelahan dengan hotel tempat kami menginap. Memang sedap atau kami terlalu lapar.Entahlah.

SR360 semalam.
Seawal pagi kami mula mencari jalan untuk melihat kawasan pertanian sekitar Buraidah. Kami melihat pokok-pokok kurma yang kebanyakannya sudah tidak ada buah lagi. Memang banyak pokok-pokok kurma kelihatan, sesekali terdapat ruang untuk menanam sayur-sayuran. Kami melalui jalan-jalan yang membelah padang pasir yang luas. Dapatlah dilihat kawasan ladang yang selama ini hanya dapat dilihat dari jauh, di lebuh raya. Aku tidak melepaskan peluang merakamkan apa yang dilihat dari dekat.

Unta-unta yang sungguh comel

Ladang kacang bendi/okra

Anak-anak bendi sedang ditanam disebelahnya. Kagum sangat.

Rumput untuk ternakan - luas menghijau. Terpegun.

Pemilik ladang...mungkin.

Kambing-kambing bebas menikmati rumput di bawah pohon kurma.

Kami turun dari kereta dan meninjau satu kawasan yang menghijau, sangkaku pokok-poko bawang yang di tanam. Rupanya pokok kucai, ditanam dengan banyaknya. Tidak berjumpa pula pokok kucai di pasaraya.

Seperti sawah padi di Malaysia

Indahnya pemandanagan

Meninjau dari dekat 

Sekitar kawasan penanaman kucai, pokok-pokok kurma masih
lagi penuh dengan buah kurma yang telah masak ranum

Dari lebuh raya, kelihatan ladang-ladang dari jauh.

Kami singgah di Uraidah dan menjamu selera di Kudu. Buraidah dan Uraidah terletak agak berdekatan dan merupakan bandar penting bagi daerah Qassim. Terdapat Hotel Movenpick yang agak besar di tepi jalan berhampiran simpang. Buraidah juga dipenuhi dengan taman-taman menghijau yang dihias cantik, lebih cantik dari Riyadh rasanya. Terdapat juga hiasan air terjun di beberapa kawasan, pemandangan yang agak sukar dilihat di tempat lain. Di Buraidah juga terdapat beberapa muzium yang boleh dilawati. Yang penting juga di sini terdapat sekurang-kurangnya dua buah kedai makanan popular iaitu Al Baik.

Pukul 2.00 petang kami bertolak pulang ke Riyadh dan tiba di rumah pada pukul 9.00 malam. Alhamdulillah tamat sudah rehlah kami selama 9 hari dengan perjalanan sejauh 3995 km sempena cuti Musim Haji 1436H. King Salman telah mengarahkan supaya cuti disambung lagi selama 3 hari menjadikan cuti keseluruhannya selama 2 minggu. Sekolah dibuka semula pada 4/10/2015. Walau bagaimana pun, tempat kerja suamiku menetapkan tiada cuti tambahan. Oh! Sedih kerana hasrat untuk menyambung rehlah tidak kesampaian. Di dalam keseronokan bercuti, kami juga tidak lepas dari rasa sedih akan kejadian  stampede yang berlaku di Mina. ianya melibatkan kehilangan nyawa melebihi 700 orang secara rasminya. Termasuk seorang rakyat Malaysia. Al Fatihah.






                                                                                                                                   zias/riyadh/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...