Khamis, 22 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh (60) - Ayam Masak Lemak Cili Padi



Memenuhi hasrat ahli keluarga yang tidak berapa sihat. Resepi ini memang selalu aku sediakan namun tidak sempat untuk diambil fotonya. Resepi yang popular dan mampu disediakan oleh sesiapa sahaja. Aku lebih suka menggunakan santan asli. Di Riyadh, aku belum menjumpai daun kunyit. Jadi daun limau purut menjadi agen untuk menerbitkan aroma yang tidak kurang sedapnya. Ayam Masak Lemak Cili Padi juga mengingatkan aku kepada Makcik Leha. Aku pernah menyewa bilik di rumahnya di Bukit Piatu selepas setahun bekerja di Melaka. Budi baiknya tidak akan dilupa buat selama-lamanya.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan2:
 1 ekor ayam (dipotong)
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
(cili padi dan bawang putih dikisar)
Santan kelapa (asingkan yang cair dan pekat)
2 batang serai
Daun limau purut
Garam
1 sudu besar minyak masak
Serbuk kunyit
Kentang(jika suka)

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam sebuah periuk dan
    masukkan serai. Kacau sekejap dan masukkan
    bahan kisar bersama kunyit.
2. Setelah naik bau masukkan ayam  dan kacau
    untuk seketika. Masukkan garam, santan cair dan
    asam keping.
3. Kacau sesekali dan biarkan sehingga ayam masak.
    Apabila ayam sudah masak, masukkan santan kelapa
    yang pekat. Masukkan daun limau purut dan kacau
    sehingga mendidih. Guna api sederhana.
 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...