Rehlah - Ha'il (1)
Jika Malaysia memiliki 13 negari dan 3 Wilayah Persekutuan. Arab Saudi pula terdiri dari 13 wilayah.(Peta di bawah). Rehlah kami kali ini melibatkan wilayah utara Arab Saudi. Memulakan perjalanan sekitar pukul 8.00 pagi kerana waktu Solat Subuh semakin lewat iaitu sekitar pukul 4.30 pagi. Aku menyediakan nasi lemak dan menggoreng ayam goreng berempah. Sambal ikan bilis dan telur rebus sudah aku siapkan. Kami masuk ke Wilayah Qasim setelah berkenderaan sejauh 388 km dan meneruskan perjalanan ke Bandar Ha'il yang terletak di dalam Wilayah Ha'il. Melepasi Wilayah Qasim, kami melalui lebuh raya tiga lorong. Namun bilangan kenderaan ternyata tidak sebanyak di lebuh raya Riyadh - Madinah. Berhampiran Buraidah kami dihidangkan dengan pemandangan ladang-ladang kurma dan rumput menghijau. Semakin jauh, padang pasir menjadi semakin luas.
|
Daerah yang terdapat di Arab Saudi. |
Sukar untuk bertemu dengan kawasan rehat dan tempat mengisi minyak. Setelah hampir separuh perjalanan dalam 140 km, baru kami bertemu dengan R&R yang agak besar yang turut menyediakan kemudahan bilik untuk disewa. Selepas berehat, kami meneruskan perjalanan. Kelihatan jalan keretapi yang dibina selari dengan lebuh raya, lebih kurang sejauh 30 km. Selepas itu jalan keretapi semakin menjauh dan hilang dari pandangan. Dari pencarian, jalan keretapi tersebut masih di dalam pembinaan sejak tahun 2008 dan dijangkan siap pada tahun 2015. Ianya akan menghubungkan Riyadh dengan Al Hadeeth di bahagian utara Arab Saudi.
|
Kelihatan jalan keretapi |
Kami tiba di Bandar Ha'il sewaktu Solat Asar dan agak terkejut melihat suasana yang agak kotor sekitar bandar tersebut. Sampah di mana-mana. Agak letih setelah berada di jalan raya sejauh 651 km, kami mahu mencari hotel secepat yang boleh. Al Corniche Hotel Suites & Villas (SR400 semalam) terletak di luar pusat bandar. Kami disambut dengan kurma dan kopi Arab (gahwa). Hotel yang masih baru itu menawarkan suasana kediaman yang amat selesa. Dilengkapi ruang dapur, ruang rehat dan dua bilik tidur.
|
Dah sampai ke Ha'il |
|
Hotel Al Corniche |
Berehat sekejap, kami terus keluar untuk melihat sekitar Bandar Ha'il. Hasrat hati untuk melihat Airif Castle. Entah di mana tersorok, kami tidak menjumpainya selepas dua jam berpusing sekitar bandar yang penuh dengan bangunan yang agak lama dan usang. Kelihatan Qishlah Palace di tengah pusat bandar. Banyak taman-taman hijau yang kecil, kelihatan tidak terjaga. Pokok-pokok kurma masih penuh dengan tangkai yang sarat dengan buah kurma yang masak ranum. Istimewanya bandar ini ialah terdapat banyak bulatan yang dihias dengan pelbagai replika. Malam tiba kami pulang ke hotel untuk berehat.
|
Contoh replika di tengah bulatan |
|
Bilik kedua yang selesa |
Seawal pagi kami keluar untuk melihat sekitar bandar, suasana bandar kelihatan lebih bersih berbanding semalam. Dari jauh kelihatan sebuah masjid yang agak tinggi dan besar. Reka bentuknya seperti masjid yang terdapat di Istanbul. Kami bergerak ke sana dan melihat sekitar luar dan bahagian dalam masjid tersebut. Kelihatan beberapa buah bas yang kami yakini akan membawa para jemaah haji, kelihatan di ruang parkir sekitar Masjid Al-Rajhi, Ha'il merupakan tempat persinggahan jemaah haji yang datang dari Syria dan Iraq.
|
Ada 4 menara |
Pandangan sisi |
|
Hampir menyerupai binaan Masjid Biru di Istanbul |
Kelihatan deretan kawasan pergunungan melatari masjid tersebut. Kami meneruskan perjalanan menghampiri kawasan tersebut. Singgah di kawasan rehat yang cantik dengan rupa bentuk bukit yang agak unik.
|
Singgah di taman |
|
Pokok zaitun dan pokok kurma menjadi tanaman haisan. |
|
Tidak pasti apa di dalamnya |
Kami melalui kawasan perrumahan yang dipenuhi dengan villa mewah yang begitu hampir dengan bukit berbatu. Batu-batu besar memenuhi permukaan bukit-bukit tersebut, ada yang kelihatan seolah tergantung dengan pelbagai saiz.
|
Penuh batu pelbagai saiz |
Taman menghijau memenuhi seluruh kawasan tepi jalan menuju ke kawasan pergunungan. Kelihatan lampu-lampu di bina di atas bukit dengan tulisan
Welcome yang bersaiz besar. Apabila terpandang binaan berupa jambatan untuk masuk ke kawasan pergunungan kami teruskan sahaja perjalanan. Kawasan bukit bertukar menjadi kawasan pergunungan yang tiada penghujungnya. Terlihat kawasan rehat mewah dengan perkataan VIP membuatkan kami begitu yakin ada sesuatu yang istimewa di kawasan ini.
|
Kereta di puncak bukit -menarik minat ramai untuk tengok lebih dekat.
|
|
Pokok zaitun banyak ditanam di Hail |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan