Aku memang
suka makan laksa Johor. Tidak lengkap sambutan hari raya Aidilfitri rasanya jika tidak merasainya. Pn Hjh Muhaiya dan Pn Hjh Faridah sangat memahami kegemaran aku ini. Mereka berdua adalah seniorku di Universiti Sains
Malaysia. Kami masih rapat setelah hampir 30 tahun bersahabat. Dari Pn Hjh Muhaiya aku pelajari bagaimana menyediakan santan kelapa yang pekat untuk dibuat Laksa Johor. Masih terasa susahnya memerah kelapa ketika itu. Pn Hjh Faridah pula menunjukkan cara bagaimana menghiris timun, ianya cukup istimewa.
Timun di Riyadh, kecil saiznya dan murah harganya. |
Saiz yang kecil, sukar menghiris lebih nipis |
Memang susah untuk menyediakan Laksa Johor. Memang aku tidak pernah membuat Laksa Johor di Malaysia. Santan yang pekat, kerisik yang segar, ikan yang sesuai, pelbagai daun dan sambal belacannya. Pasti sukar untuk mendapat selengkapnya bahan tersebut. Mujur Pn Hjh Faridah mencadangkan kepada aku supaya menggunakan perencah rendang untuk memudahkan kerja. Akhirnya aku berjaya menyediakannya dengan mudah dan rasanya pun sedap. Tq Kak Farid.
Turut mengandungi kerisik di dalamnya. |
Aku juga telah berjaya menanam sendiri pokok tauge, khas untuk dimakan bersama Laksa Johor.Hanya 3 hari sahaja diperlukan untuk pokok tauge membesar.
Guna periuk aje...senang untuk ditutup rapat. |
Rendam kacang hijau 8-10 jam.Masukkan dalam bekas berlubang.Letakkan dalam periuk dan tutup. Siram selalu selama 2-3 hari. jangan panjang sangat. |
Keluarkan dari bekas dan buang ekornya. Sama rasa macam dibeli. |
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Laksa Johor Mudah
Bahan2:
1 kg Ikan Kembung (direbus,i sinya dikisar,air diambil)
2 sudu besar
rempah kari ayam jenama Adabi
2 sudu serbuk cili/cili kisar
1 pek Perencah Rendang Jenama Adabi
(Jika tidak guna perencah rendang,tambah dengan
3 batang serai, 1 inci serai dan 1 inci lengkuas
yang dikisar halus bersama bawang besar dan
bawang putih)
1 biji bawang
besar
5 biji bawang
putih
2 sudu kerisik
2 mangkuk santan pekat( aku guna
santan serbuk)
2 batang serai
1/2 batang bunga kantan(dipotong 4)
Minyak untuk menumis
Garam
Asam keping(jika suka)
Sedikit Udang segar/udang kering yang dikisar
(aku tak letak)
1 bungkus spageti
1 bungkus spageti
Cara Membuatnya:
1. Kisar bawang besar dan bawang putih.
2.Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan
serai. Masukkan pula bawang yang dikisar.Kacau.
3.Masukkan rempah,serbuk cili dan perencah rendang.
Goreng sehingga garing/pecah minyak. Masukkan
garam.
4.Masukkan isi ikan yang dikisar bersama air rebusan
ikan. Masukkan santan, kerisik dan bunga kantan.Kacau.
Rupa bunga kantan setelah 2 bulan.Guna separuh aje. |
5.Biarkan mendidih. Perlahankan api.
Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Kuahnya semakin pekat - aromanya memang best |
Rebus spageti di dalam air yang ditambah garam dan sedikit minyak. |
1.
Timun
Bawang yang dihiris nipis
Daun kesum(tiada) dan bunga kantan yang dihiris nipis
Tauge
Kacang panjang yang dipotongkecil(tiada)
Sambal belacan(ganti dengan hirisan cili hijau yang pedas)
Limau nipis (ganti dengan lemon)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan