Rehlah - Al Ula (2)
Al Ula terletak kira-kira 400 km di utara Kota Madinah. Merupakan kota yang memiliki sejarah tertua di Arab Saudi. Menjadi pintu masuk ke Madain Saleh yang disebut di dalam Al Quran. Al Ula juga pernah menjadi tempat persinggahan jemaah haji dari sebelah utara dalam perjalanan mengerjakan haji. Ibn Battutah pernah singgah di Al Ula dan menulis mengenai Al Ula dan penduduknya;
"Al Ula is a large and fine village with orchards date palms and water. The pilgrimage caravan stays there for four days to resupply and wash. Pilgrims leave any axcess belongings they might have them with the towns people who are known for their trustworthiness, and only take with them what they need for the journey"
Seawal pagi kami sudah berada di atas jalan raya untuk meneroka bumi Al Ula. Destinasi pertama adalah Old Village @ Al Deerah yang terletak di pusat bandar. Dibina sekitar tahun ke 7 Hijrah atau abad ke 13,selepas Islam bertapak di sini.
|
Bangunan di bahagian depan |
|
Laluan anak tangga untuk ke kubu/fort yang terletak
di atas Jabal Umm Nasir |
|
Kelihatan rumah-rumah lama sepanjang laluan |
|
Al Ula Fort ( Musa ibn Nusayr Fort )yang dibaik pulih pada tahun 1429/2009 |
|
Di puncak Fort - dapat melihat kawasan sekitar Al Ula dengan lebih jelas |
|
Sekitar Al Ula |
|
Pergunungan Canyon dan tanah pertanian yang subur |
|
Dipenuhi pokok kurma |
|
Selain pokok kurma, terdapat juga pokok gandum, jagung dan sayur-sayuran |
|
Rumah lama yang sudah musnah di seberang jalan |
|
Jalan raya memisahkan kawasan perumahan asal yang terletak
di kawasan agak tinggi. |
|
Kota lama yang masih cuba dipelihara |
|
Merupakan sebuah Bandar yang memilik pertahanan tersendiri.
Terdapat sekitar 1032 buah rumah. Terdapat 14 buah pagar yang
dibuka pada waktu pagi dan ditutup ketika petang. |
|
Bahagian bawah rumah diperbuat dari batu yang diambil dari kawasan
berhampiran (Al Khureabah), tingkat atas diperbuat dari tanah liat. |
|
Kawasan kediaman yang lengkap yang memiliki sistem yang tersendiri.
Rumah-rumah bersambung antara satu sama lain. |
|
Rumah dua tingkat. Tingkat satu sebagai ruang untuk menerima tetamu
dan ruang untuk menyimpan. Tingkat dua ruang tempat tinggal |
|
Rumah-rumah dipisahkan oleh laluan sempit |
|
Contoh di dalam rumah |
|
Terdapat masjid di bahagian hadapan kota ini. |
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan