Isnin, 19 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh - Shish Taouk (60) - Chicken Kebab



Tinggalkan dulu kari ayam, masak merah ayam, kurma ayam dan sebagainya. Hari ini mahu masak yang agak mudah tetapi sedap. Kebab ayam ini boleh dimakan dengan nasi, roti atau dimakan begitu sahaja. Shish Taouk ini lebih mirip kepada negara Turki dan Lubnan. Pertama kali aku menggunakan serbuk sumak, sejenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan Timur Tengah terutamanya di dalam penyediaan kebab. 


Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Shish Taouk
Bahan2:
2 keping dada ayam (potong 1-2 inci seperti nak buat satay)
3 ulas bawang putih(dikisar)
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar perahan lemon
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar tomato paste
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar sumak
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit serbuk cili kering
Sedikit mixed spice
Sedikit serbuk oregano
Garam
Untuk Hiasan:
1 biji bawang besar (dibelah )
Paprika segar
Cili hijau
Tomato dibelah dua

Cara Membuatnya:
1. Campur semua bahan di atas di dalam sebuah mangkuk besar.
    Gaul supaya rata dan perap 2-4 jam di dalam peti sejuk.
2. Cucuk ayam yang telah diperap pada lidi pembakar. Selang seli
    dengan bawang dan paprika yang dipotong.


3. Bakar di atas frying pan atau kuali sehingga masak. Pusingkan
    supaya masak di kedua-dua bahagian. Boleh dibakar bersama
    cili hijau dan tomato.






Siap untuk dimakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...