Nasi briyani Hyderabadi memang sedap, lemak dan pedas. Jiran Pakistan kami, Dr Tahreem kerap menghantar sepinggan nasi briyani Hyderabadi ke rumah kami. Mengandungi nasi bersama ayam atau kambing, begitu enak dimakan begitu saja tanpa kuah lain. Jika di Malaysia, nasi briyani memerlukan dalca dan jelatah. Mehrunisaa', kawan aku di Daar Adh-Dhikr School yang berasal dari India menjadi mangsaku. Mehrunisaa' pun menulis resepi khas untukku pada sehelai kertas. Kebanyakan bahan menggunakan Bahasa Urdu, terpaksalah aaku membuka kamus untuk mencari maknanya. Javitri(buah pala), kaju (gajus),chironjee,Jhipal dan sebagainya.
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Hyderabadi Chicken Biryani
Bahan A- Bahan Lauk
1 kg ayam/kambing/daging
2 inci halia
10 ulas bawang putih
(Halia dan bawang putih dikisar halus)
1/2 biji air perahan lemon
4 sudu besar yogurt
1 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
2 biji cili hijau/cili padi dibelah
Garam secukupnya
Sedikit daun ketumbar/pudina yang dihiris halus
1.Gaulkan ayam/daging/kambing dengan halia, bawang
putih, garam dan air lemon.
2. Masukkan yogurt, garam masala, serbuk cili, serbuk
kunyit. Gaul sebati.
3. Masukkan cili dan daun ketumbar. Gaul sebati. Perap
30 minit -1 jam.
Bahan B-Bawang goreng
2 biji bawang besar
1 - 2 cawan minyak sapi (aku campur dgn minyak zaitun)
Sedikit Badam @ gajus yang dibuang kulit (jika suka)
Hiris nipis bawang dan goreng sehingga garing (bawang goreng)
Goreng badam hingga kekuningan.
Minyak ini akan digunakan kemudian.
Memasak Daging/ayam
1. Masukkan daging/ayam, Bahan A ke dalam sebuah kuali/periuk.
2. Masukkan 1/2 dari bawang goreng yang disediakan Bahan B.
3. Masukkan 3 sudu besar minyak yang digunakan untuk goreng
bawang.
4. Masak sehingga ayam/daging lembut dan hampir kering kuahnya.
(Boleh masukkan kentang yang dipotong jika suka)
Bahan C- Nasi Biryani
4 cawan beras basmati (basuh, rendam dan toskan)
10 -15 cawan air
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
5 biji buah pelaga
2/3 helai daun Bay
3-5 biji bunga cengkih
1 inici kulit kayu manis
1/2 biji perahan lemon
Garam
Pewarna Saffron (kuning)
Air Mawar
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam sebuah
periuk kecuali beras, pewarna dan air mawar.
2. Setelah mendidih airnya, masukkan beras.
3. Masak sehingga 75% beras masak. Tutup api.
4. Tapiskan dan asingkan menjadi dua bahagian.
5. Satu bahagian dimasukkan di bahagian atas lauk
biryani. Ratakan dan tabur dengan lebihan bawang goreng
dan daun ketumbar yang dihiris.
6. Masukkan satu bahagian nasi lagi.Ratakan dan tabur
dengan pewarna Saffron, air mawar dan badam.
7. Tutup periuk dengan penutupnya dan biarkan di atas
api yang perlahan selama 30 minit atau sehingga nasi masak.
Dah masak - sendukkan |
Enak dimakan begitu sahaja |
Boleh dihidang bersama timun dan salad. Ada juga yang menambah telur rebus. |
sedapnya kak jie..rajin tul masak
BalasPadamJom la masak2 Yam.
BalasPadam