Pulut kacau kola bermaksud pulut kacau Kuala Perlis. Resepi ini dari emak saudaraku yang kami panggil Teh yang tinggal di Kuala Perlis. Pasti pulut kacau yang aku sediakan tidak sesedap pulut kacau yang Teh buat. Namun cukup untuk melepaskan keinginan anak tekak. Istimewanya resepi milik Teh ini ialah rasanya yang lembut dan manis sehingga ke saat akhir. Ada pulut kacau yang akan terasa hampas setelah habis manisnya. Entah tak tahu macam mana hendak diceritakan. Rasa dulu baru tahu. Aku ubah sikit resepi ini kerana aku guna tiga jenis gula iaitu gula merah, gula Melaka dan gula pasir. Gula merah untuk dapatkan warna yang kehitaman. Gula Melaka memberikan bau yang enak dan gula pasir untuk mengilatkan teksturnya.
Bismilahirrahmanirrahim
Resepi Pulut Kacau Kola
Bahan2:
2 cawan beras pulut (dibasuh dan direndam)
2 cawan kelapa parut (diambil santan)
2 cawan gula (merah, Melaka dan pasir)
(dimasak bersama 1 cawan air dan daun pandan)
2 helai daun pandan
Daun pisang
Cara Membuatnya:
1. Kukus beras pulut sehingga masak. Gaulkan dengan
sedikit santan.
2. Masak santan bersama air gula dan daun pandan di dalam kuali
sehingga agak pekat.
3. Masukkan beras pulut yang telah masak dan kacau
sehingga berkilat dan agak pekat/kering.
Dap2...dah 3 tahun tak makan |
4.Tuangkan di dalam bekas yang di alas daun pisang.
Serius...tak sempat potong |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan