Hasrat untuk berada di atas mercu tanda Riyadh tercapai juga setelah lebih setahun tertangguh. Kerja baik pulih SkyBridge di Kingdom Tower berakhir, lalu memberi peluang kepada kami untuk ke situ. Kami ke bangunan Kingdom Tower sekali lagi untuk menikmati pengalaman berada di puncak bangunan tersebut. Info berkaitan Kingdom Tower atau Mamlaka ada di Travelog: Oh! Riyadh (53) Kisah 5 Rial.
|
Laluan ke SkyBridge |
|
Berdekatan tangga untuk ke Ladies Kingdom
(kawasan membeli belah for ladies only) |
|
Laluan di dalamnya |
Harga tiket agak mahal SR60 seorang dewasa!
|
Petugas di kaunter tiket.....no camera, handphone only. |
|
Dah beli tiket! |
Kami melalui laluan khas untuk ke lif dan sudah semestinya ada pemeriksaan keselamatan. Kelihatan lobi Hotel FourSeasons yang terletak di dalam bangunan Kingdom Tower. Kami menunggu untuk menaiki lif bersama beberapa orang gadis Arab Saudi. Lif pertama membawa kami ke tingkat 77. Kemudian kami keluar dan menaiki satu lagi lif di tingkat 86 untuk ke tingkat 99, puncak bangunan seperti jambatan. Terdapat surau untuk lelaki dan restoran / lounge berdekatan dengan SkyBridge.
|
Di dalam lif |
|
Menuju ke bahagian paling tinggi Kingdom Tower yang dikenali sebagai SkyBridge |
|
Di SkyBridge |
Suasana petang agak panas, tidak begitu ramai yang berkunjung. Puas juga bergambar dan melihat sebahagian besar Bandaraya Riyadh yang luas dengan jelas. Sibuk juga kami mencari kawasan yang biasa dikunjungi. Terdapat beberapa orang petugas yang berkhidmat untuk mengambil gambar pengunjung di SkyBridge dengan bayaran SR20 untuk sekeping gambar. Sebab itulah para pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan kamera selain telefon bimbit. Uniknya Riyadh ialah rumah kediaman memenuhi kawasan pusat bandar di celah-celah bangunan tinggi. Malang sekali tidak disediakan perkhidmatan teropong berkuasa tinggi seperti kebiasaan di tempat lain.
|
Pemandangan arah King Abdullah Finance District -
Di situlah kawasan kediaman kami. |
|
Suasana berjerebu dek ribut pasir |
|
Sisi sebelah Pusat Bandar Riyadh - Antara King Fahd Street
dan Olaya Street |
|
Bangunan Faisaliyyah yang pernah menjadi bangunan
tertinggi di Riyadh. |
|
Rumah-rumah sekitar pusat bandar. |
|
Lapang kerana tiada kawasan tanah tinggi . |
|
Kelihatan Olaya Mall di Olaya Street yang sedang dibina MRT. |
|
Villa2 memenuhi ruang bandar |
|
Olaya Street juga dikenali sebagai kawasan membeli belah. |
|
Dua jalan utama yang menjadi laluan orang ramai.
Kiri, Olaya Street dan kanan, King Fahd Street |
|
Laluan masuk ke Kingdom Tower |
|
Suasana kawasan sebuah viila yang sempat diambil.
Di bawah, hanya nampak tembok tinggi. |
|
Menunggu sehingga menjelang malam....puas bergambar |
|
Bumbung merah - Panorama Mall |
|
Park yang tidak banyak kelihatan. |
|
Semakin petang, jalan semakin sesak |
|
King Fahd Street |
|
Sekolah Al Alameen (sekolah Saffura) terletak di belakang
bangunan National Water Company.
|
|
Villa2 di sekitarnya |
Dikatakan SkyBrigde adalah tempat terbaik di Riyadh untuk melihat matahari terbenam dengan jelas, jadi aku mahu menyaksikannya. Malang sekali, Riyadh dilanda ribut pasir yang menghalang penglihatana jarak jauh dengan lebih jelas. Pun begitu kami tetap menunggu sehingga masuk waktu solat Maghrib. Orang semakin ramai apabila malam menjelma. Dari bayi sehingga golongan warga emas. Mereka juga terdiri dari pelbagai bangsa dari pelusuk dunia yang bekerja di Arab Saudi selain warga tempatan sendiri.
|
Matahari semakin tenggelam - Di situlah kedudukan Diriyyah. |
|
Lampu mula dinyalakan |
|
Sabar menanti ... |
|
Lampu mula dinyalakan |
|
Semakin ramai....lampu berwarni warni mula dipasang |
|
Meriah |
|
Jalan pulang....petugas menanti pengunjung yang mahu turun ke bawah. |
Kami keluar dari bangunan Kingdom Tower sebaik sahaja azan berkumandang, orang ramai masih berada di SkyBridge. Ruang solat hanya untuk lelaki berhampiran SkyBridge dan terdapat surau untuk lelaki di tingkat bawah berhampiran dengan Food Court. Mungkin surau untuk wanita di Ladies Kingdom.
|
Kingdom Tower sewaktu malam. |
|
Bangunan yang sentiasa mencuri pandangan setiap kali berada di pusat bandar
Riyadh ketika malam. |
zias/riyadh/16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan