Khamis, 2 Jun 2016

Dapurku D'Riyadh (181) - Ayam Percik



Bismillahirrahmanirrahim

Tazkirah Sempena Ramadhan
Ramadhan hampir tiba.Apa yang perlu kita buat?Ramadhan menuntut kehadiran hati yang penuh rasa kagum akan kebesaran Allah SWT, rasa takzim akan kekuasaan Allah SWT, rasa syukur akan Rahmat dan Rahim Allah SWT, kerana tetamu kehormat kita ialah bulan yang mulia - bulan Ramadhan. Jabir Ibn Abdillah berkata"Jangan lah kita samakan hari-hari biasa kita dengan hari-hari puasa. Seharusnya ada perubahan sebaik sahaja kita melangkah ke bulan Ramadhan". Apabila hilal Ramadhan menjelma, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Bersyukurlah kita direzekikan berada dalam bulan Ramadhan dan berpeluang mengaut segala kelebihan dan keberkatannya.Mulakan dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah SWT untuk mencapai ketaqwaan dan mendapatkan keampunan dan redha Allah SWT.

                                                                                ##################


Resepi Ayam Percik ini aku ambil dari FB. Setelah melihat  resepinya terasa mudah pula, lagi pun tidak memerlukan penggunaan santan(pilihan). Sayangnya resepi ini tidak mempunyai sukatan seperti biasa, jadi aku terpaksa agak-agak kauntiti bahan yang digunakan. Akibatnya, tidak cukup kuah untuk dimakan bersama dengan Ayam Percik. Terlalu sedap kot. Buat pertama kali juga aku menggunakan Buah Keras. Ianya diberi oleh sahabatku di Riyadh, Pn Hjh Fauziah Agus buat dijadikan penawar sakit Gout. Ayam Percik antara yang menjadi pilihan ramai di kala bulan Ramadhan. Namun, aku tidak pernah membelinya, sememangnya kami tidak pernah membeli di Pasar Ramadhan. Semuanya dimasak sendiri demi menjaga kualiti puasa yang dilaksanakan.

Resepi Ayam Percik
Bahan2:
1 ekor ayam dipotong
2 sudu besar serbuk cili @ 1 senduk cili kisar
1 ketul gula Melaka
Air asam jawa
Garam 
Minyak masak

Bahan kisar A
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2-3 biji buah keras (aku tambah)

Bahan kisar B
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar (rempah)
1 sudu kecil lada hitam
Disangai (kalau rajin) dan dikisar bersama

Bahan kisar C
1 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak 
dan dikisar 

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan cili kisar
   dan gula Melaka.Kacau hingga pecah minyak.
2.Masukkan Bahan kisar A dan kacau sehingga naik bau.
3.Masukkan Bahan kisar B dan Bahan kisar C.Kacau
   dan biarkan sebati lebih kurang 10 hingga 15 minit.
4.Masukkan air asam, garam dan gula jika perlu lagi.
   Perisakan ikut selera.
5.Masukkan ayam ke dalam kuah tadi, kacau dan biarkan
   ayam  sehingga separuh masak.Ini memudahkan ayam 
   masak sewaktu dibakar, jika tidak masa yang lama 
   diperlukan untuk ayam masak dengan sempurna.


6.Susun ayam di atas dulang pembakar @ frying pan.
   Bakar di dalam oven pada suhu 180 C sehingga masak.
7.Kuah yang selebihnya boleh dihidangkan bersama Ayam
   Percik ketika makan.

Bakar sehingga betul2 masak.



Boleh dimakan bersama kentang putar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...