Bismillahirrahmanirrahim
Tazkirah Ramadhan
Antara perkara yang perlu ditinggalkan semasa Bulan Ramadhan ialah tidak menonton TV yang menghidangkan rancangan yang tidak berfaedah.Alhamdulillah di Arab Saudi ada siaran langsung dari MasjidilHaram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah. Tidak berjaga malam kecuali untuk beribadah.Elakkan diri mengadakan jamuan/kenduri atau majlis di bulan Ramadhan kerana ianya memakan masa sedang setiap detik di bulan Ramadhan adalah berharga.Terdapat berbagai cara lain untuk memberi makan orang yang berpuasa seperti yang dianjurkan, tidak semestinya dengan membuat jamuan di rumah.Pastikan tiada muzik di rumah, kereta atau di mana sahaja.Perdengarkan bacaan Al Quran dan tazkirah yang beri manafaat kepada keluarga.Sesungguhnya bulan Ramadhan amat berharga dan ianya perlu diisi sebaik mungkin.
#################
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lada Hitam ini aku ambil dari FB, nama asalnya ialah Pepper Fish. Terdapat Isi Ikan Tenggiri yang masih berbaki di dalam peti sejuk. Teringin pula untuk mencuba masakan ikan ala-ala India. Maklum selalu sangat ikan dimasak kari, asam pedas, masak lemak, masak kicap dan sebagainya sehingga mendapat komen. Sedap rasanya resepi ini tapi aku buatkan agak berkuah sedikit. Resepi asalnya lebih pekat. Rasanya yang masam-masam sedikit kerana adanya yogurt menambat selera terutama jika dimakan dengan nasi putih yang panas.
Bahan2:
500 g ikan (isi sahaja dan dipotong kiub)
1 biji bawang besar dicincang
1 biji buah tomato dicincang
1 sudu kecil halia kisar
1 susu kecil bawang putih yang dikisar
4 biji cili hijau dihiris(boleh kurangkan)
1 sudu kecil jintan putih
1/4 sudu kecil biji halba
2 sudu besar serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar yogurt
1/2 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu besar jus lemon
1/2 cawan daun ketumbar segar yang dihiris
1 cawan air
Garam
Minyak masak
Cara memasak:
1.Panaskan minyak di dalam sebuah kuali.Masukkan
jintan putih,biji halba dan bawang besar. Goreng
sehingga keperangan dan masukkan tomato.
2.Setelah tomato lembut , masukkan halia dan bawang
putih.Kacau selama 2 minit.
3.Masukkan cili hijau dan serbuk ketumbar.Biarkan
sekejap dan masukkan yogurt,garam masala,jus lemon,
serbuk lada hitam dan garam.Perlahankan api dan biar
sehingga pecah minyak.Masukkan 1 cawan air dan
biarkan mendidih.
4.Masukkan ikan dan pastikan ikan tenggelam di dalam
kuah.Masak menggunakan api perlahan selama 5-7
minit atau sehingga ikan masak.
5.Elakkan dari selalu mengacau ikan tersebut dengan
senduk supaya ikan tidak hancur.
6.Masukkan daun ketumbar dan tutup api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan