Khamis, 2 Jun 2016

Dapurku D'Riyadh (182) - Jom Tanam Tauge







Bismillahirrahmanirrahim

Tazkirah Sempena Ramadhan




Lebih setahun tinggal di Riyadh, aku tidak berpeluang langsung memasak dengan menggunakan tauge. Mee Goreng, Mee Rebus, Cucur Udang, Popia dan segalanya tanpa tauge. Tak seronok betul sehingga aku pun terbiasa memasak tanpa tauge. Tauge yang dijual di Tamimi Market atau Panda nampak semacam aje, tidak berani aku mencubanya. Beberapa kali juga aku cuba menanam tauge dengan pelbagai kaedah yang diberi kawan atau dari FB. Akhirnya dapatlah kami merasa tauge di dalam masakan. Walaupun macam susah aje aku teruskan juga aktiviti menanam tauge terutama jika mahu membuat Pasbor, Cucur Udang atau Char Kuey Teow.

Satu hari aku terfikir satu cara yang lebih mudah dengan menggunakan Periuk Kukus. Selama ini aku meletakkan bekas yang berisi kacang hijau yang direndam di dalam periuk tertutup dan menyiramnya. Namun kerap kali yang air berlebihan menghasilkan bau yang kurang enak. Dengan menggunakan periuk kukus, masalah tersebut dapat diatasi kerana air yang berlebihan jatuh ke dalam periuk paling bawah. Yang lebih bagus, jika terlupa menyiramnya pun tidak mengapa kerana guni yang digunakan mampu menampung kandungan air dengan lebih lama. Waah....tiada lagi masalah untuk mendapatkan taugeh yang segar, bersih dan menyakinkan. Cubalah!



Guni dari bungkusan beras yang dibeli.Potong ikut saiz
periuk kukus.

Rendam semalaman 1/2 cawan kacang hijau. Jika keluar
sedikit akar lagi bagus. Tabur di atas guni  basah yang diletakkan
di dalam periuk kukus bahagian yang berlubang.

Tutup periuk kukus dengan penutupnya setiap masa.
.Siram 3x sehari. Pagi, petang dan malam.

Selepas 3 hari sudah boleh diambil. Jangan terlalu tinggi
nanti hasil taugehnya agak pahit, kurus dan tinggi.

Saiz paling sesuai.Pendek dan gemuk.

Boleh dicabut terus dari guni. Bersihkan guni dan keringkan.

Buangkan selaput kacang hijau yang hitam atau kehijauan.
Boleh suruh anak buat kerja ini.Tak buang ekor pun takpa.

Paling simple boleh buat Taugeh Goreng , sedapnya jika
ada Tauhu. Rangup dan segar rasanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...