BismillahirRahmanirRahim.
Tazkirah Ramadhan
10 Ramadhan hampir berlalu.Bagaimana kualiti puasa kita?Matlamat untuk menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik buat kita adakah berada di laluan yang sepatutnya.Matlamat untuk meningkatkan amal ibadah: khatam Al Quran paling-paling sekali, sempurnakan terawih bersama imam, bangun untuk solat Tahajud, bersedekah, jaga pertuturan dari dosa mengumpat, mencela dan seumpamanya. Andai ada cabaran dan halangan yang perlu dilalui, perhebatkan azam dan atasi setiap masalah diri. Teruskan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dengan berbekalkan niat dan keinginan yang membara untuk buat yang terbaik. Juga tidak lupa untuk terus berdoa pada Yang Maha Pengasih Maha Penyayang untuk dipermudahkan setiap urusan.
########
Ayam Masak Padang |
Masakan ini memang sedap dan sangat mudah untuk disediakan. Ayam Masak Padang mengembalikan kenangan ketika melawat Jakarta/Bandung pada tahun 2009. Indonesia menawarkan budayanya yang tersendiri. Ternyata pada lawatan kali kedua (sebelum ini ke Medan) memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi dapat menikmati hidangan Nasi Padang yang terkenal itu. Lauk-lauk yang terdiri dari pelbagai jenis dan masakan memang begitu menyelerakan terutama Ayam Masak Padang, Sambal Hijau dan Bergedil. Nasi putih yang dihidangkan begitu lembut dan wangi menyerlahkan citarasanya yang tersendiri. Hidangan ayam pula, mesti jenis ayam kampung.
Bersama ahli-ahli rombongan. |
Nasi yang diisi di dalam bekas khas beralas daun pisang. Memang win. |
Tu dia lauk pauk Nasi Padang. Mesti lebih dari 10 jenis.Puas. |
Resepi Ayam Masak Padang.
Bahan2:
1 ekor ayam (900g)
2 helai daun limau purut
1 batang serai diketuk
1 cawan santan yang sederhana pekat
5 biji cili api dibelah jangan putus (tak letak)
1 biji tomato dibelah 4
1 keping asam keping
3 sudu besar minyak masak
Garam
Bahan kisar
2-3 biji cili api(tak letak)
2 sudu besar cili kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup (serbuk pun ok)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
Cara membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar
dan serai yang diketuk.
2.Bila sudah naik minyak, masukkan ayam dan biarkan
sekejap.
3.Masukkan santan, daun limau purut, tomato, asam
keping dan cili api.
4.Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih
dan sedikit pekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan