The Museum of Islamic Art , Doha.
Muzium Kesenian Islam, Doha ini memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Ianya adalah antara 10 tempat terbaik yang wajib dilawati jika kita berada di Doha. Muzium yang terletak di kawasan taman seluas 280,000 meter persegi ini terletak di Corniche,Doha. Di buka pada tahun 2008, muzium ini begitu unik reka bentuk bangunannya. Muzium ini mempunyai kawasan meletak kereta yang luas berdekatan dengan bangunan tersebut. Pemandangan sekitarnya yang membiru serta lambaian pokok kurma dan hamparan rumput menghijau menambahkan keindahan persekitaran muzium yang cantik ini
Muzium Kesenian Islam, Doha |
Pintu masuk dan pemandangan sekitarnya |
Muzium ini direka oleh arkitek Amerika berbangsa Cina yang bernama Pei Ming @ I.M.Pei. Dibina di atas pulau buatan dengan keluasan 45,000 meter persegi dan merupakan bangunan 5 tingkat. I.M.Pei terkenal kerana beliau telah mereka bentuk piramid kaca di luar Louvre di Paris, Bank Shanghai di China dan Miho Museum di Jepun.
Sekitar Muzium |
Deretan pokok buah zaitun sepanjang laluan untuk ke kawasan parkir. |
Terdapat sebuah kafe di bahagian bawah yang menawarkan makanan ringan dan minuman. Ramai juga yang mengalas perut di situ termasuk kami. Pun begitu harga yang ditawarkan amatlah mahal.
Kita boleh melihat Doha Skyline melalui cermin. |
Muzium ini memiliki banyak koleksi dari kesenian Islam dan dilengkapi dengan Pusat Kajian, perpustakaan, kafe, auditorium dan kedai cenderahati. Kita dilarang mengambil gambar dengan kamera tapi berbuat demikian dengan menggunakan telefon bimbit. Setiap tingkat mempamerkan koleksi yang tersendiri.
Tingkat 1 muzium. |
Tingkat 2 menyediakan ruang galeri kekal yang menempatkan pelbagai bahan seni Islam secara umum. Manakala di Tingkat 3, koleksi di bahagikan berdasarkan negara dan zaman. Misalnya koleksi dari Mesir dan Syria pada Abad ke 12 hingga 13 atau India dan Turki di Abad 16 hingga 18. Termasuk juga koleksi dari Iran dan Asia Tengah yang lebih mendominasikan ruang pameran.
Langsir, rantai, dan sebagainya. |
Lukisan, tembikar dan mata wang. |
Alat menentukan masa, topi besi, dulang dan baju. |
Di muzium ini dipamerkan koleksi karya yang dikumpulkan selama 20 tahun kebelakangan ini. Ianya termasuk manuskrip, tekstil, kaca, barang kemas dan seramik. Juga memiliki koleksi paling lengkap mengenai artifak Islam dari Sepanyol, Mesir, Iran, Iraq, Turki, India dan Asia Tengah.
Bekas pewangi, tulisan ilmiah serta barang kemas. |
Memiliki 800 artifak seni Islam dari pelbagai benua.
Alat memegang untuk meletakkan lilin, lampu, dulang untuk makan beramai-ramai dan bekas. |
Koleksi khas dari Turki.
Potrait Sultan Al Fateh, replika tentera berkuda dan tile. |
Terdapat pameran khas dari Iran berkaitan Qajar Women yang berlangsung dari 8 April 2015 sehingga 11 Jun 2016 di tingkat 4. Tingkat 4 menempatkan koleksi yang terhad mengikut masa yang telah ditetapkan.
Lukisan mengambarkan situasi membeli belah ketika itu, koleksi cermin milik wanita dan kotak yang diisi dengan pelbagai barang keperluan oleh seorang wanita di zaman itu. |
Waktu Melawat Muzium :-
Ahad : 10.30 pagi - 5.30 petang
Isnin : 10.30 pagi - 5.30 petang
Selasa : Tutup
Rabu : 10.30 pagi - 5.30 petang
Khamis: 12.00 tengahari - 8.00 malam
Jumaat : 2.00 petang - 8.00 malam
Sabtu : 12.00 tengahari - 8 malam
Muzium ditutup pada hari Raya Aidil Fitri , hari Raya Aidil Adha dan dua minggu pertama bulan Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan