Bismillahirrahmanirrahim
Sudah lama aku ingin membuat tart yang enak ini. Semasa di Malaysia, aku selalu membeli cheese tart yang comel ini dari rakan sekolahku yang bernama Hjh Azilah Nawawi. Pelbagai jenis cheese tart yang comel dengan hiasan berwarna biru, merah, hijau dan kuning memang menarik perhatian. Sesekali aku menghadiahkannya kepada guru-guru di sekolah Saffura.
Setelah lama mencari acuan untuk membuat cheese tart ini, akhirnya aku menjumpainya di Saco. Walaupun saiz acuan tart tersebut lebih besar, aku beli juga demi untuk mencuba resepi tersebut.
Mula-mula aku menyediakan shell atau crust atau kulit tart dahulu. Aku mengikut resepi yang terdapat di blog Azlita yang menunjukkan langkah demi langkah untuk menyediakannya. Terhasil 25 keping shell dan aku simpan untuk dibuat pada hari berikutnya. Sheel tart ini pun sedap dan boleh dimakan begitu sahaja. Hari berikutnya aku pun mencuba membuat beberapa keping blueberry cheese tart dengan hiasan sekali. Hasrat hari untuk membuat egg tart pula di waktu lain. Aku bekalkan Saffura dengan tart yang aku sediakan ke sekolah. Berebut kawan-kawannya untuk makan bersama tart yang dibawa.
Beberapa hari kemudian aku menghabiskan shell tart yang ada dengan menyediakan strawberry cheese tart pula kerana blueberry filling sudah habis. Hasrat hari untuk memberi kepada Pn Hjh Hamidah yang bertugas sebagai guru di sekolah Saffura. Juga untuk Lina, emak kepada Nur Farhana yang merupakan rakan sekelas Saffura. Namun hasrat untuk memberi kepada Lina terpaksa dibatalkan kerana tidak semua tart yang aku sediakan comel seperti yang aku inginkan.Ini kerana aku terlebih ghairah menunjukkan kepada Saffura bagaimana melorek bentuk bunga di atas tart. Aku melorek agak dalam sehingga terbelah bunga tart yang aku sediakan ketika membakarnya.
Hanya Hjh Hamidah yang dapat merasainya dan beliau sempat berkongsi dengan beberapa rakan guru yang lain di Al Alameen Islamic International School.
"Mama, Teacher Asma nak order kuih tart, sedap katanya." Saffura memberitahu aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
"Alhamdulillah...sedap lah tu." Terasa berbunga.
Resepi Blueberry Cheese Tart
Shell/Kulit Tart
Bahan2:
170 g butter
50 g gula icing
1 biji telur gred C
290 g tepung gandum(anggaran)
1 sudu kecil esen vanila
acuan.
Cara Membuatnya:
1.Pukul butter dan gula menggunakan senduk
kayu sehingga agak sebati.
2.Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan
uli sehingga menjadi doh yang lembut.
( Jangan terlebih tepung)
Doh biar lembut supaya mudah dibentuk |
4.Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan
di dalam peti sejuk semalaman untuk mendapat
doh yang baik.
5.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.
6. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar.Bakar
pada suhu 170° C selama 20 - 25 minit atau
sehingga masak. Simpan di dalam bekas
kedap udara setelah betul-betul sejuk.
Atau boleh diletakkan kacang hijau di atasnya.
Kacang hijau itu boleh diulang guna beberapa
kali.
Kulit tart yang siap dibakar |
Cara membuat blueberry cheese tart.
Bahan2:
250 g cream cheese (dikeluarkan dari peti sejuk
20-25 minit sebelum digunakan)
50 g gula halus/kastor
1 biji telur gred B
1/2 sudu kecil esen vanila/lemon
Blueberry/ strawberry filling
1.Putar cream cheese dan gula sehingga berkrim.
(guna mixer)
2.Masukkan telur dan esen, putar lagi sehingga
gebu.
3.Isikan blueberry filling ke dalam kulit tart.
4.Masukkan adunan cream cheese ke dalam
plastik beg dan potong dihujungnya.
Masukkan ke dalam tart yang telah diisi
filling.Letakkan biar penuh.
5.Untuk melorek.Ambil sedikit cream cheese di atas
dan letakkan sedikit pewarna yang disukai. Lakukan
ketika cream cheese masih lembut.
6.Gunakan pencungkil gigi, buat garis kecil-kecil.
7.Kemudian, dengan menggunakan bahagian yang tajam
tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan.
*Hendaklah dilayang sahaja jangan terlalu dalam
tarikan tersebut.
8.Bakar selama 5 minit pada suhu 170°C. Jika sudah
masak, ianya tidak melekat apabila disentuh dengan
hujung jari.
Sudah siap. |
Puas makan sebab saiznya besar. |
Isinya pun banyak. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan