Isnin, 8 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (129) - Puding Roti Comel


Resepi ini aku ambil dari koleksi di dalam FB. Sudah lama aku menyimpan resepi ini. Rugi sekali kerana aku mencuba  resepi puding yang sedap ini lebih awal. Kebetulan roti keping yang dibeli masih banyak. Roti keping yang dijual di Riyadh dalam saiz yang besar iaitu 600 g. Biasanya kami membeli roti keping putih keluaran Almarai dengan jenama L'usine. Walaupun cuaca agak sejuk, aku meneruskan juga hasrat untuk membuat puding ini apabila semua bahan yang diperlukan sudah tersedia.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Puding Roti Comel
Bahan2
4 keping roti L'usine
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair (ganti dengan susu segar)
1/2 sudu kecil esen vanila
8 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar mentega
3 1/2 cawan air
Pewarna 

Cara Membuatnya:
1.Didihkan 3 cawan air, masukkan gula dan 
   agar-agar. Kacau sehingga larut.
2.Blend roti yang dibuang tepinya dan 
   dipotong kecil bersama telur,susu pekat,
   susu segar, esen vanila dan 1/2 cawan air.
3.Kacau supaya tidak berketul. Masukkan
   mentega dan kacau sehingga mendidih.
4.Bahagikan kepada beberapa bahagian
   di dalam bekas yang berlainan.
5.Masukkan pewarna yang dikehendaki.
6.Masukkan adunan ke dalam bekas yang
   sesuai berselang seli sehingga habis.
7.Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam
    peti sejuk.
   


Comel dan sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...