Isnin, 1 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (124) - Strawberry Cheesecake


Aku tidak pasti apakah jenis manisan sebagai pencuci mulut untuk tetamu kami dari Malaysia. Aku pernah menghidangkan baklava untuk tetamu yang pernah ke rumah tetapi tidak pula mereka berminat dengannya. Akhirnya berminggu-minggu aku terpaksa habiskannya seorang diri. Disebabkan semua ahli keluargaku suka makan cheesecake jadi aku mengambil keputusan untuk membuatnya. Lebih-lebih lagi semua bahan yang diperlukan sudah ada di dalam peti sejuk. Memudahkan kerja lagi apabila cheesecake boleh disediakan sehari dari tarikh ianya mahu dimakan. Kali ini aku menggunakan dua kali ganda dari bahan yang aku gunakan untuk menyediakan Blueberry Cheesecake. Ini supaya cheesecake yang terhasil nanti lebih tinggi dan cantik. Semuanya sama seperti aku menyediakan Blueberry cheesecake.
Tetamu yang datang.

Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:
Bahan A
1/2pek  @ 1 cawan biskut
50 g mentega

Cara Membuatnya:
1.Kisar  biskut sehingga hancur/halus
2.Cairkan mentega
3.Gaulkan serbuk biskut bersama mentega cair sehingga
   boleh dikepal.
4.Tekan ke dalam acuan yang disapu mentega/minyak
   dan di alas kertas minyak untuk acuan kek.
5.Masukkan ke dalam freezer sehingga hendak
   digunakan. Bungkus dengan  plastik untuk elakkan
   dari berbau.
   
Bahan B
600 g cream cheese jenama Almarai
4 biji telur
1 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil perisa strawberi

Cara Membuatnya:
1.Pukul cream cheese sehingga sebati dan berkrim.
   Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
2.Masukkan tepung dan pukul lagi.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lebih
   kurang satu minit setiap kali masukkan telur.
   Masukkan pula esen vanila dan perisa strawberi.
4.Pukul sehingga sebati.Gunakan spatula untuk
   kaup bahagian yang tidak bercampur supaya
   semua menjadi sebati.
5.Tuangkan ke dalam acuan yang berisi biskut tadi.
   Letakkan acuan yang ibalut dengan aluminium foil
   di bahagian bawahnya ke dalam bekas pembakar
   yang dimasukkan air (waterbath).
6.Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam
   atau sehingga masak.
7.Selepas masak keluarkan dari bekas berisi
   air dan letakkan di dalam peti sejuk selama
   satu malam.


Siap dihias.

Mai sepotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...