Rabu, 24 Februari 2016

Travelog : Oh!Riyadh (91) - Festival Janadriyah 30

Festival Janadriyah 30

Festival Janadriyah atau dikenali sebagai "National Festival for heritage and culture" merupakan festival tahunan yang telah diadakan sejak tahun 1985. Ianya dianjurkan oleh Saud National Guard. Festival ini berlangsung di tapak khas seluas 1.5 km yang dibina dan terletak sekitar 40 km dari pusat bandar Riyadh. Ianya lebih kepada pesta kebudayaan dan warisan Arab Saudi, menjadi acara terpenting terpenting setiap tahun bagi negara ini. Menarik jutaan pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk Arab Saudi juga negara-negara Arab lain disekitarnya. Festival ini tertangguh pada tahun 2015 akibat kemangkatan King Abdullah. Pesta Janadriyah ke 30 ini bermula pada 3 Februari dan berakhir pada 20 Februari 2016. Namun bagi kunjungan family ( lelaki dan perempuan) bermula pada 8 Febuari.

Jumaat, 12 Febuari 2016, kami berkunjung ke tapak festival seawal pukul 2.30 petang. Aku dan Saffura sempat merakam beberapa gambar di dalam perjalanan ke Janadriyah. Laluan untuk ke Janadriyah adalah laluan yang sama untuk ke Thumamah. Kedua dua tempat ini terkenal sebagai tempat bersantai di hujung minggu. Ramai yang berehat bersama keluarga di Istirahah atau menemani anak-anak menaiki motor beroda empat atau menaiki kuda yang banyak terdapat di sekitar kawasan ini. Peniaga kecil juga kelihatan di tepi jalan menawarkan pelbagai keperluan untuk piknik di padang pasir.

Kayu api masih laku di penghujung musim sejuk

Jagung dan pelbagai hasil pertanian lain turut dijual


Khemah bergerak

Taman permainan untuk kanak-kanak.



Budaya piknik di mana-mana termasuk di kawasan
seperti ini.


Tidak kisah....janji dapat duduk dan makan-makan

Terdapat beberapa pintu masuk dengan kawasan meletak kereta yang luas. Kami menuju ke pintu pagar utama, malangnya kami tidak dibenarkan masuk walaupun dibuka. Kami bergerak ke Gate 2 yang tertutup rapat. Kami menanti pukul 4.00 petang iaitu waktu bermula bagi sesi petang pesta setiap hari sehingga pukul 12.00 malam. Sesi pagi pula, ianya dibuka pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Kami berpeluang meletak kereta berdekatan dengan laluan ke pintu masuk. Jam baru menunjukkan pukul 3.00 petang. Ramai peniaga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di sekitar kawasan parkir. 

Pintu masuk utama
Ada yang sempat duduk berpiknik di celah-celah kereta
sementara menunggu pintu pagar dibuka.

Azan berkumandang, ada suara yang mengajak semua yang ada di situ solat bersama-sama di ruang khas yang disediakan berhampiran dengan pintu masuk. Pintu dibuka sebaik sahaja selesai solat Asar. Kawalan agak ketat di sekitar pintu masuk oleh petugas berpakaian ala askar. Setiap orang dikehendaki beratur dan diperiksa dengan ketat seperti berada di lapangan terbang. Langkah ini perlu memandangkan situasi panas yang sedang berlaku akibat peperangan yang berlangsung di Timur Tengah.


Suasana berdekatan pintu masuk.

Kawasan pesta dipenuhi dengan pavilion yang mewakili daerah-daerah yang terdapat di Arab Saudi. Setiap daerah akan mempamerkan kebudayaan dan cara hidup daerah masing-masing. Bangunan kekal yang dibina hampir menyerupai keadaan tempat tersebut. Terdapat gerai-gerai makanan yang menjual beraneka jenis makanan tradisi juga barangan kraf tangan. Paling banyak dijual ialah pewangi yang beraneka jenama. Pavilion pertama yang kami singgah ialah daerah Jizan kerana ianya terletak berhampiran pintu masuk di Gate 2.

Sekitar Pavilion Jizan
Jizan terkenal dengan lautnya yang terletak di pantai
Laut Merah.

Hasil dari laut.


Pelbagai makanan dijual

Pewangi dan permainan kanak-kanak cukup laris
Unik bentuk bumbungnya
Ini dia hiasan dalamannya

Lapar la pulak....kita makan murtabak dahulu...SAR10
sekeping.
Sekitar Pavilion  Daerah Hail



Pameran di Universiti Hail


Gerai-gerai makanan memang banyak

Sempat membeli barang kraf tangan
Ada pertunjukan tarian tradisi Arab. Setiap Pavilion daerah mempunyai
pentas untuk persembahan.

Ini mungkin Pavilion  Daerah Qassim, penuh dengan pameran pertanian dan penternakan.

Perkhidmatan untuk menaiki unta

Sistem saliran air juga ditunjukkan dengan replika
kawasan pertanian di Arab Saudi

Ini pula ditunjukkan bagaimana bangunan dibina dari tanah

3 ekor unta besar ditugaskan menaikkan air dari perigi. Bising bunyinya.

Pavilion Daerah Madinah, berpusu-pusu orang memasukinya.




Sekitar kawasan pintu masuk
Bahagian dalamnya memang cantik , penuh dengan kedai

Inilah kedai yang tidak ramai orang, yang lain padat.

Cantik binaannya.

Menari lagi.


Tidak pasti pavilion mana tapi cantik pintu gerbangnya


Terdapat juga pavilion yang mewakili jabatan kerajaan atau kementerian juga pihak syarikat swasta yang turut mengambil bahagian. Biasanya pavilion dari pihak ini menyediakan pelbagai barang kenangan untuk para tetamu yang masuk ke ruang pameran mereka. Pelbagai jenis beg, mug, pen dan pamplet diberikan. Menariknya ada ruang rehat  untuk duduk dan menikmati air panas bersama buah kurma dan makanan ringan.




Duduk dan minum dulu.


Orang semakin ramai
Gerai Makanan segera pun banyak

Tempat solat disediakan di setiap penjuru, apabila masuk waktu solat ramai yang akur menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta. Tandas pun bersih namun terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan giliran. 

Kawasan lapang yang bersambung dengan surau.

Peniaga seperti ini pun ramai sekali. Aksesori hiasan wanita
menjadi tumpuan.


Suasana malam yang sejuk dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti



Gambar popular seluruh Arab Saudi - Pavilion Polis


Hasil kraf tangan dari jabatan penjara

Setiap pavilion ada ruang untuk rehat yang selesa.

Kedai makan lagi

Minuman panas teh dan kopi diberi percuma oleh Lipton.

Ditunjukkan bagaimana menganyam tikar.

Terdapat pavilion khas untuk wanita sahaja. Di dalamnya terdapat pelbagai gerai jualan termasuk gerai menjual makanan. Ruang untuk rehat juga begitu luas dan selesa. Malangnya aku dan Saffura tidak boleh duduk lama kerana ada yang menanti.

Wanita sahaja

Ini sekitar Pavilion Eastern Province.




Replika bangunan sebenar

Replika gua di jabal Qarah turut disediakan

Bangunan popular di Ahsa 

Perlabuhan Dammam
Pavilion Kementerian Kewangan
Souq tertutup bertema seluruh dunia termasuk Asean. Pelbagai
barang dijual di dalamnya.Puas jamu mata.


Bagi yang tidak larat berjalan kaki

Jus buah delima turut dijual
Pavilion Negara Jerman menjadi tumpuan ramai sesuai dengan kedudukannya sebagai jemputan negara bagi tahun ini. Pengunjung terpaksa berbaris panjang dan diperiksa dengan teliti. Namun terasa begitu berbaloi dengan gaya persembahan yang terdapat di dalamnya. Di sini kami bertemu dengan rombongan dari Malaysia termasuk kenalanku iaitu Pn Hjh Wan Hamidah dan Pn Hjh Faridah. Mereka datang secara berkumpulan, apa lagi suasana menjadi meriah seketika. Malangnya aku tidak sempat mengambi gambar kerana rancak berbual.

Pavilion Negara Jerman di sebelah pentas ini.



Kereta akan datang.

Gerai jualan barangan dari Jerman pun ada

Ini di Pavilion Boeing.
Terdapat beberapa acara lain yang tidak dapat kami ikuti seperti perlumbaan unta, persembahan puisi dan tarian tradisi yang dikenali sebagai Al Ardah ( ditarikan secara beramai-ramai oleh kaum lelaki dengan senjata/pedang  di tangan). Pesta ini memang sesuai dikunjungi kerana banyak informasi dan pengalaman berguna yang boleh diperolehi. Cuma masalah bahasa menjadi halangan namun kebanyakan petugas agak mesra dan boleh dibawa bicara. Selama tujuh jam kami berjalan di dalam kawasan pesta sehingga terasa keletihannya. Pun begitu masih ada pavilion yang belum kami kunjungi. Kami keluar dari kawasan pesta sekitar jam 11.00 malam supaya tidak bertembung dengan kesesakan.



























                                                                                                                   zias/riyadh/16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...