Ada rakan-rakan dari Malaysia yang bertanya resepi untuk menyediakan Roti Arab. Terus terang aku menyatakan aku tidak pernah membuatnya. Ini disebabkan harga roti yang begitu murah di Arab Saudi. Lagi pula dengan mudah kita boleh membeli Roti Arab yang fresh di kebanyakan kedai di Riyadh. Dari pemerhatianku ramai orang Arab lebih suka membeli roti yang merupakan makanan rugi mereka di kebanyakan hypermarket atau mall. Mall atau hypermatket ini menjual pelbagai jenis roti yang masih baru dibakar. Biasanya mereka membeli dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi pada hari cuti seolah-olah ada kenduri. Mereka akan keluar menuju ke kawasan padang pasir atau taman-taman untuk berkelah.
Pameran bagaimana roti Arab disediakan |
Bagi kebanyakan pekerja dari luar seperti Pakistan, Filipina dan sebagainya, kedai-kedai roti menjadi pilihan. Kedai-kedai ini terdapat di setiap bangunan kedai dan dijual dengan harga SAR1 sekeping. Saiznya yang besar amat sesuai dimakan ketika panas. Biasanya kedai tersebut hanya menjual sejenis roti sahaja. Roti besar ini dimakan bersama kuah atau lauk yang boleh dibeli dari kedai yang biasanya begitu hampir dengan kedai roti tersebut. Kedai-kedai roti ini begitu membantu para pekerja yang berpendapatan agak kecil di Arab Saudi. Beberapa kali kami membeli sekeping roti tapi tidak pernah boleh dhabiskan oleh kami bertiga. Kedai-kedai ini menjadi tumpuan ramai di awal pagi juga di sebelah malam. Memang tidak kelihatan kaum wanita membelinya kerana agak ramai pelanggan yang beratur menanti roti dibakar.
SAR1 sekeping |
Semua restoran juga memberi roti Arab secara percuma dalam setiap pesanan yang dibuat. Bilangannya agak banyak dan tidak terhabis untuk dimakan oleh orang Malaysia. Roti juga dimakan bersama kebab dan penting untuk menyediakan shawarma.
Roti di kedai Turki |
Aku juga tidak mahu ketinggalan untuk cuba membuat Roti Arab setelah lebih dua tahun berada di Riyadh. Resepi ini asalnya dari Chef Ammar. Roti Arab ini nipis dan lebih sesuai untuk dibuat shawarma atau dimakan bersama kuah atau sambal. Ianya nipis seperti Tortilla. Yang bagusnya ianya boleh disimpan untuk tempoh yang lama di dalam peti sejuk. Apabila mahu makan kita hanya perlu panaskan sekejap di atas frying pan, roti Arab tersebut kembali menjadi lembut. Ianya sesuai dimakan ketika panas sebab apabila sejuk ianya keras seperti keropok. Resepi ini mudah disediakan kerana hanya memerlukan food processor untuk mengadunkannya dan frying pan untuk memasaknya. Resepi ini untuk menyediakan 7 keping Roti Arab yang sederhana besar dan nipis.
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Roti Arab
Bahan2
250 g Tepung gandum
40 g mentega/marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan air suam
Cara Menyediakannya:
1.Masukkan semua bahan kecuali air suam
ke dalam food processor.Kacau sebati.
2.Masukkan air suam sedikit demi sedikit
sehingga membentuk doh yang licin (tak
melekat)
3.Keluarkan dari food processor dan uli
dalam masa lima minit. Bahagikan doh
50-60 g setiap satu. Rehatkan selama 20
minit.
4.Canaikan doh menjadi lebih kurang 6 inci
berbentuk bulat.Guna tepung untuk kerja
mencanai menjadi mudah.
5.Panaskan frying pan dengan kepanasan
sederhana.Letakkan doh yang telah dicanai.
Bila terbentuk gelembong udara, terbalikkan.
6.Masak sehingga masak/sedikit perang.
Letakkan roti yang terhasil di dalam kitchen
towel yang kering dan ditutup.
Dimakan bersama kacang kuda masak karahi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan