Bengkang ubi kayu memang sedap tapi susah untuk dapat bengkang yang sesuai dengan tekak. Ubi kayu memang ada dijual di kebanyakan mall yang kami biasa pergi. Lulu, Tamimi, Panda atau Sadhaan memang sentiasa menawarkan ubi kayu yang segar. Tidak pasti adalah orang Arab memakannya, mungkin untuk orang Asia yang tinggal di Riyadh. Ubi kayu yang disejukbekukan pun banyak dijaul. Biasanya aku membeli ubi kayu untuk direbus dan dimakan begitu saja. Jika ubi kayu yang direbus itu gebu, memang sedap sangat. Tetapi jika ubi kayu yang dibeli keras, memang malas rasanya untuk membeli lagi.
Kebetulan aku ternampak ubi kayu di Lulu Hyper market minggu lepas. Disebabkan stok kelapa parut segar pun masih banyak lalu aku mahu mencuba membuat bengkang ubi kayu yang sudah terlalu lama aku tidak merasainya. Setelah melihat resepi di blog masam manis dengan beberapa petua yang diberikan, terasa mudah pula. Selama ini aku membayangkan susahnya hendak memarut ubi kayu kemudian memerahnya.
Rupanya tidak perlu pun perah airnya.Untuk menghaluskan tekstur, aku parut dahulu ubi kayu dengan pemarut yang agak kasar kemudian kisar dengan menggunakan blender basah. Air yang digunakan adalah dari air ubi kayu sendiri yang keluar ketika kita memarutnya. Aku hanya menggunakan separuh dari resepi asal. Puas hari betul dengan rasanya yang manis, lemak dan lembut.
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Bengkang Ubi Kayu
Bahan2
2 cawan ubi kayu (dari 2- 3 ketul ubi kayu
yang sederhana saiznya)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna saffron (kuning)
Sedikit minyak masak untuk disapu
pada bekas membakar
Cara membuatnya:
1.Ubi kayu yang telah dibuang kulit di parut.
2.Kisar di dalam blender bersama air yang
keluar sewaktu memarut. Mesin sedikit
demi sedikit supaya benar-benar halus.
3.Masukkan semua bahan yang ke dalam
sebuah bekas dan kacau rata.
4.Masukkan adunan ke dalam bekas membakar,
5.Bakar pada suhu 200 C sehingga masak dan
garing di atasnya (lebih kurang 1 1/2 jam- 2 jam)
6.Biarkan sejuk, lebih kurang 5 jam baru dipotong.
1. Ubi kayu segar 3. Ubi kayu yang telah dibuang kulit dan dibersihkan 2.Ubi kayu yang telah diparut dan dikisar halus 4.Adunan yang telah siap dibancuh |
Inilah hasilnya...memang sedap sangat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan