Isnin, 1 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (125) - Jem Strawberi


Kebetulan terdapat strawberi yang agak ranum di dalam peti sejuk. Aku pun terfikir bagaimana menyediakan jem/sos strawberi. Maklumlah jem/sos strawberi yang dibeli tidak begitu asli dan pasti dimasukkan pelbagai bahan perisa dan pengawet yang tidak kita tahu asal usulnya. Resepi ini aku ambil dari Blog Azlita  atau masam manis. Senang sahaja rupaanya menyediakan jem/sos strawberi nih. Warnanya cantik dan rasanya pun sedap. Betul2 asli.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Jem Strawberi

Bahan2:
150 g buah strawberi segar dan ranum
40 - 50 g gula putih
1 sudu besar air lemon
1 sudu kecil mentega.

Cara Membuatnya:
1.Bersihkan dan potong kecil buah strawberi.
2.Masukkan ke dalam sebuah periuk dan panaskan.
3.Lecek buah starwberi sehingga hancur. Masukkan
   gula dan kacau.



4.Masukkan jus lemon dan mentega. Kacau sehingga
   agak pekat.Jika mahu jadikan sos, biar cair sikit.
   Tutup api dan biarkan sejuk.


5.Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk disimpan.

Bestnya dapat sediakan jem sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...