King Abdullah Park Riyadh Dancing Fountain Show
|
Pintu masuk utama King Abdullah Park |
King Abdullah Park Riyadh terletak di Malaz, bandar lama bagi Riyadh. Tidak jauh dari Zoo Riyadh. Kami pernah ke King Abdullah Park pada waktu siang. Kawasan di dalamnya memang luas dan penuh dengan rumput yang terjaga rapi dan pokok-pokok kurma yang menghijau. Ramai yang ke sana untuk berkelah pada waktu siang di musim sejuk. Tetapi keadaan menjadi agak sunyi di musim panas di waktu siang, namun keadaan berubah pada waktu malam. Kami ke sana pada suatu malam di bulan Julai. Di dalam kesibukan berkemas dan menanti hari untuk meninggalkan Riyadh, kami tidak mahu melepaskan setiap detik yang masih tertinggal. Sewaktu kami tiba di sana, kawasan parkir sudah memenuhi setiap ruang meskipun kawasan parkir yang disediakan agak luas. Kami terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari perkarangan King Abdullah Park. Dari jauh terdengan suara nyanyian penyanyi nasyid terkenal, Saudara Mahir Zain. Aku dan Saffura tersenyum gembira mendengarnya dan tidak sabar untuk masuk ke sana.
|
Berhampiran pintu masuk...ramai peniaga menjual pelbagai
barang untuk berkelah serta makanan dan minuman ringan. |
Kami dikenakan bayaran sebanyak SAR10 seorang untuk masuk ke dalam taman tersebut, jika waktu siang percuma sahaja. Sebaik sahaja masuk ke dalam taman, lagu nasyid yang kami dengar tadi sudah pun berhenti, begitu juga dengan pertunjukan air dan lampu. Kami terus menuju ke kawasan yang tadinya penuh dengan orang ramai, kini sudah kosong.
|
Kami mendekati kawasan tasik yang luas. |
|
Orang ramai mula bersurai, tidak sepadat tadi. |
|
Orang ramai mula kembali ke dataran cantik ini |
|
Aktiviti bergambar kelihatan di setiap penjuru dataran |
Kami berjalan-jalan di sekitar taman untuk menanti pertunjukan seterusnya yang kami tidak tahu bila ianya akan bermula semula. 15 minit, 30 minit, 45 minit sehingga melebihi satu jam, tiada tanda-tanda pertunjukan akan bermula. Hampir separuh kawasan taman sudah kami terokai, udara panas yang bertiup menjadikan keadaan tidak begitu selesa. Memandangkan kami bersusah payah mengharungi kesesakan lalu lintas selama hampir satu jam untuk ke Malaz, kami tunggu juga. Lagi pula kami telah pun membayar untuk melihat pertunjukan tersebut. Suasana sekitar semakin riuh dengan kanak-kanak yang begitu seronok beraktiviti di situ.
|
Masa untuk keluarga |
|
Kanak-kanak bermain sedang ibu ayah sibuk berbual sesama sendiri |
|
Setiap kawasan menjadi tumpuan untuk berkelah |
|
Buah kurma sudah menguning di pohon.
|
Jika lapar, ada restoran makanan Arab di dalam taman ini. |
|
|
Jagung rebus dan popcorn pun ada untuk mengalas perut. |
|
Bersantai |
|
Setiap kawasan mula dipenuhi orang ramai menanti dan menanti
bila pertunjukan akan bermula. |
|
Sabar, sabar dan sabar. |
|
Mercu tanda King Abdullah Park |
Hampir dua jam menanti, akhirnya muncul juga apa yang dihajati. Walau hanya lebih kurang 10 minit pertunjukan tersebut namun begitu menghiburkan. Suasana sunyi sepi sepanjang pertunjukan tersebut.
|
Yes.....sudah bermula |
Untuk melihat pertunjukan tersebut dengan lebih jelas, terdapat rakaman melalui Youtube yang dikongsi oleh mereka yang pernah berkunjung ke sana.
zias/cheras/16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan