BismillahirRahmanirRahim
Potongan Kek Marble untuk dikongsi bersama rakan sekerja.
Kek Marble paling sedap yang aku pernah makan adalah hasil tangan Kak Siti, jiranku ketika tinggal di Quaters Kompleks Satelit Bumi Melaka di Lendu. Kak Siti, isteri kepada Tn Hj Bajuri kerap sangat menghantar kek tersebut kepada kami yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Aku tinggal di quaters tersebut selepas berkahwin, semenjak 1991 sehingga 1995. Sempat bertanya resepi kepada Kak Siti namun aku sudah lupa, yang aku ingat semua bahan utamanya adalah sama banyak. Aku pun mencubanya sebanyak dua kali dan hasilnya begitu memuaskan, hampir sama dengan Kek Marble yang dibuat Kak Siti. Tiada bahan tambahan untuk melembutkannya namun aku menambah sedikit susu segar. Setiap kali aku melihat Kek Marble, pasti aku teringat Kak Siti, semoga Kak Siti dan keluarga terus sihat walau di mana mereka berada.
Resepi Kek Marble Asli
Bahan2:
250 g mentega
250 g gula
250 g tepung gandum *
1 sudu kecil baking powder*
bahan * diayak 2 kali
250 g telur (5 biji)
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar serbuk koko(diayak)
Cara Membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
dan rata (lama sedikit).
3.Masukkan sebiji telur dan pukul sehingga rata
(1 minit). Ulang sehingga habis baki telur.
4.Masukkan esen vanila dan susu segar, pukul
sehingga rata.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil
dikacau sehingga habis dan rata adunannya.
6.Asingkan adunan kepada dua bahagian di dalam
bekas yang berlainan.
7.Satu bahagian adunan dicampurkan dengan koko
dan kacau sehingga sebati.
8.Alas acuan dengan baking paper. Masukkan
selapis demi selapis secara berselang seli
sehingga habis. Kacau adunan menggunakan
hujung sudu.
9.Bakar selama 45 minit. Jika suhu 170 C, lebih
kurang 50 minit.

Dah siap. Aku suka yang garing sedikit. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan