Sambal Telur Rebus & Ubi Kayu Rebus
BismillahirRahmanirRahim
Ubi Kayu rebus yang begitu empuk, sedap dimakan bersama Sambal Telur Rebus |
Hari ini aku cuti dari masak makan tengahari. Kami makan tengahari di Dewan Sri Rembau sempena majlis perkahwinan kenalan kami dari Riyadh. Pn Siti Rahaman Mat Noor, isteri kepada staf yang bekerja di pejabat kedutaan di Riyadh. Tempoh perkenalan kami hanya setahun lebih, namun keramahan dan sikap rendah diri beliau membuatkan aku rasa begitu selesa berkawan dengannya. Kebiasaannya isteri-isteri staf yang bekerja di kedutaan agak sukar didekati....pengalaman orang lain yang pernah aku dengari.
Setelah 5 bulan berpisah...bersama Pn Siti Rahamah |
Lantas jemputanya melalui Fb untuk meraikan perkahwinan dua orang anaknya kami terima dengan rasa senang hati. Majlisnya begitu mesra tetamu dan hidangan juga begitu lazat terutama Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi dan Pajeri Nenas. Ayam Panggang juga mampu mencuri selera para tetamu bersama sambal dan ulam-ulaman. Pelbagai juadah pencuci mulut disediakan seperti Cendol, Apam Balik panas, Karipap, Talam Keladi, Talam Ubi Kayu, Tepung Pelita dan Kuih Bakar. Alhamdulillah kenyang betul.
Pengantin 1 |
Pengantin 2 |
Sebelah petangnya aku terpaksa masuk bekerja di dapur kerana rasa kenyang makan kenduri sudah hilang. Aku masak Sambal Telur sahaja buat hidangan makan malam. Kebetulan ada sedikit ubi kayu, lalu aku rebus untuk dimakan bersama Sambal Telur tersebut.....ehmmm enaknya.
Resepi Sambal Telur Rebus
Bahan2:
5 biji telur
3 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Bahan-bahan * dikisar
1/2 biji bawang besar dihiris
1/2 biji bawang besar di belah 4
Air Asam Jawa
Garam
1 sudu besar air Gula Melaka
Minyak masak secukupnya
Cara membuatnya:
1.Telur direbus dan digoreng sehingga berkedut dan berwarna perang.
2.Panaskan minyak di dalam sebuah kuali. Tumis bawang yang dihiris sehingga garing.
Masukkan bahan kisar , kacau sehingga wangi.
3.Masukkan cili kering kisar, garam dan gula dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air Asam Jawa dan masak sehingga mendidih. Masukkan bawang
yang dibelah.
4.Masukkan telur dan perlahankan api. Masak sehingga pekat.
Mudah disediakan dan sedap. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan