Sebelum checkout dari hotel, kami bersarapan terlebih dahulu dengan Tuan Haji Azman dan keluarga di kafe hotel. Menunya nasi goreng, kuetiau goreng, roti bakar, air teh dan kopi. Aku suka kopinya yang pekat, memang dua cawan la.
Puan Maria hadiahkan aku jem dan sos strawberi setelah aku serahkan dua buku iaitu Memburu Salju di Langir Sarajevo dan Travelog Eropah 1. Suatu masa dahulu, mereka juga ada kebun strawberi di tapak Restoran TAC tu. Memang puas kami petik strawberi waktu tu. Sekarang dah tak ada lagi, banyak bisnes lain kot.
Sedap |
Kami tinggalkan The Cool Point Hotel dengan harapan akan berkunjung lagi di masa datang. Insya-Allah. Kalau ikutkan hati memang belum puas berada di CH ni.
Dalam perjalanan pulang melalui Simpang Pulai, kami singgah di Cameron Valley Tea menuju ke Bukit Raja. Aku mahu beli hadiah buat jiran.
Wajah founder Bharat Group. Gambar atas : Shuparshad Bansal Agarwal yang berasal dari India. Gambar bawah : Pewarisnya iaitu anak beliau,Brijkishore. Kini diwarisi kepada Dato Kesav dan Dato Vinod. |
Berkenan pula dengan set teh, ada teko, dua cawan beserta piring dan sudu, bekas gula dan bekas susu. |
Teh perisa strawberi menjadi pilihan |
Kami memang terkejut melihat pembangunan pesat ladang sayur di atas bukit yang tinggi, penuh dengan struktur berbumbung plastik. Di lereng bukit serta di puncak bukit. Risau tengok.
Keadaan jalan pun agak teruk menuju Simpang Pulai, nampak sangat ianya diguna secara intensif. Terasa merbahaya pula dengan menuruni bukit, tidak boleh terlalu laju. Tidak ketinggalan untuk kami singgah membeli petai yang masih segar.
Sampai di Kuala Lumpur jam 3:00 petang. Percutian yang begitu bermakna. Alhamdulillah.
Termia kasih kerana sudi membaca cotretan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan