BismillahirRahmanirRahim
Hari Kedua (13 Julai 2022)
Jam 7:00 pagi, aku dan Saffura sudah keluar dari bilik hotel untuk beriadah. Angin bertiup begitu sejuk, suhu pada telefon bimbit merakamkan angka 17 darjah celcius. Masya-Allah bestnya, macam kat oversea.
Kami berdua berjalan kaki menuju ke Taman Pertabalan yang hanya terletak di seberang jalan, tidak jauh dari hotel. Suasana agak sibuk di jalan raya, ada yang hendak menuju ke tempat kerja dan sekolah yang terletak bersebelahan dengan taman tersebut.
Seterusnya kami menaiki anak tangga menuju ke jalan utama ke Brinchang. Ada laluan khas untuk pejalan kaki di sebelah kanan jalan. Menaiki bukit sehingga ke simpang ke Kampung Taman Sedia yang berjarak 1 kilometer dari Tanah Rata. Kemudian jalan menuruni bukit pula namun tidak jauh untuk sampai ke kampung tesebut.
Jalan terus ke Brinchang, ambil simpang sebelah kanan. |
Sebahagian besar rumah di sini dijadikan homestay atau kedai makan. Kami berjalan sambil melihat suasana kampung di mana penduduknya baru mahu memulakan aktiviti. Menikmati keindahan pokok-pokok bunga dan tanaman lain di laman atau di tepi jalan.
Bunga kegemaran |
BungaAngel's Trumpet |
Homestay |
Pokok kubis di tepi rumah. |
Paling banyak pokok strawberi. |
Menarik, macam kafe. |
Nka glampin kat atas bukit pun ada. Jom terjah, |
Tu haah glamping, tak boleh imagin waktu pagi yang sejuk. |
Lama juga kami pusing-pusing dan sampai di hotel jam 9:00 pagi. Tuan Haji Azman dan isteri sudah menunggu. Aku dan suami diajak sarapan di kedai yang terletak berhampiran dengan padang golf di Brinchang. Giliran Saffura pula menemani neneknya.
Lepas makan, kami dibawa ronda-ronda dengan kereta di sekitar Brinchang dan Tanah Rata. Banyak perubahan di Brinchang dan kami dibawa ke satu tempat yang terletak di atas bukit. Binaan umpama castle menarik minat kami untuk melihatnya dengan lebih dekat. Kawasan ini adalah perkampungan orang asli yang dibeli untuk dimajukan oleh syarikat swasta. Setiap keluarga diberi rumah baru sebagai ganti beserta kemudahan asas lain seperti masjid dan sekolah.
Milik siapakah ini? |
Di lokasi paling tinggi di kawasan tersebut sedang disiapkan kemudahan untuk camping dengan karavan atau khemah yang siap dipasang. View dari situ memang ohsem tambahan pula waktu kami berada di situ kabus masih ada.
Selepas itu kami dibawa pula melawat sekitar kawasan Tanah Rata termasuk Masjid Tanah Rata dan Mardi. Kemudian menghantar kami balik ke hotel.
Labih kurang jam 10:30 pagi, kami bertiga bertolak ke destinasi yang aku mahu pergi iaitu Mossy Forest. Menurut Tuan Haji Azman, kawasan yang terletak di Gurung Brinchang itu sedang ditutup untuk kenderaan kerana ada kerja-kerja pembaikan. Namun kami mahu mencuba juga.
Untuk ke situ, kami perlu melalui laluan ke Ladang Teh Sungai Palas. Jalannya agak sempit dan perlu memandu perlahan-lahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika berselisih dengan kereta dari arah yang bertentangan...seram juga.
Namun lebih kuang 250 meter lagi untuk sampai, kami diberitahu laluan ditutup sewaktu berselisih dengan sebuah kereta lain. Kami tidak ada pilihan dan terpaksa berpatah balik. Setelah melihat suasana sekeliling yang begitu cantik, kami tidak terus turun. Sebaliknya mengambil masa sedikit untuk melihat keindahan ladang teh di depan mata.
Tak jauh dari tempat tersebut juga terdapat kawasan penanaman sayur yang sangat luas, seolah tersembunyi. Ingatkan ladang teh sahaja. Cuaca memang sejuk dengan tiupan angin yang agak kuat.
Sewaktu menuruni kawasan tersebut, kami singgah berhampiran kediaman staf ladang teh untuk bergambar lagi.
Jom petik pucuk teh. |
En suami sempat menegur orang putih mana tah. |
Sampai di simpang, ada laluan menuju ke pusat ladang teh Boh Sungai Palas. Kami pun meneruskan perjalanan yang menuruni kawasan bukit. Tak sangka betul, banyak kereta di kawasan parkir di pusat ladang tersebut. Sekitarnya ada rumah pekerja, sekolah, tadika, surau, kuil dan kemudahan lain.
Nampak kafe nun di atas bukit dan orang ramai sedang memanjat tangga untuk sampai ke sana. Mulanya kami tidak berhasrat untuk turut serta kerana pernah ke tempat seperti itu. Namun setelah berbual dengan petugas, baru kami sedar. Yang kami pergi dahulu tu lebih kecil dan terletak di Habu, Ringlet. Jadi kami pun panjatlah tangga.
Tinggi ooh |
Shopping juga le. |
Cantik pemandangannya |
Keletihan, kami hanya sempat singgah untuk beli makan tengahari dan berehat hingga lewat petang. Saffura nak makan aiskrim strawberi dan aku nak try scones, jadi kami ke Kg Taman Sedia. Kami masuk di kedai Aidilbadri. Teringin pula nak rasa nasi lemak pandan sambal strawberi. Tapi aku order yang paling ringkas sahaja, tak mau ayam goreng atau rendang. Scones yang aku order pula dah habis. Kecewa.
Banyak kedai yang menarik di sini. |
Ada dua jenis sambal diberi, sambal biasa dan sambal strawberi yang rasanya masam-masam sikit. |
Kebanyakan kedai makan di sini ada kebun strawberi dan kita boleh petik sendiri buahnya untuk dibeli. Sempat jugalah merasa strawberi celup coklat. RM10.00 sebekas.
Malamnya kami berjalan kaki untuk ke pusat Tanah Rata dan menikmati makan malam yang agak ringan di MarryBrown. Bubur nasinya memang sedap, dimakan pula pada waktu malam yang sejuk.
Malamnya tidurku begitu nyenyak dek keletihan dan kekenyangan.
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan