BismillahirRahmanirRahim
KakJee nak kongsikan resipi nasi lemak sambal strawberi yang dimakan sewaktu bercuti di Cameran Highlands minggu lepas. Kat sana ada tiga jenis nasi lemak dengan warna yang berbeza. Nasi lemak biasa yang berwarna putih, perisa pandan yang berwarna hijau dan pink untuk perisa strawberi.
Untuk kali ni KakJee masak nasi lemak putih je. Senang menyediakannya, Campurkan sahaja beras (guna beras basmati), sedikit hirisan bawang merah + bawang puith + halia, sebatang serai yang diketuk, sehelai daun pandan, sedikit biji lada hitam, sedikit halba, santan dan garam secukup rasa.
Respon keluarga mengenai sambal strawberi amat baik, mereka suka je. Rasa pun lebih kurang sambal tumis biasa. Ianya lebih baik kerana ada tambahan vitamin C yang datang daripada strawberi. Sedap dan berkhasiat. Buah strawberi ni seolah pengganti asam jawa.
Resipi Sambal Strawberi
Bahan-bahan:
10 biji buah strawberi segar
1 senduk ibu sambal (boleh rujuk cara buat di blog ini)
1 biji bawang besar dihiris
Air
Garam
Cara membuatnya:
1.Kisar 5-6 biji buah strawberi dengan air sehingga halus. Yang selebihnya dibelah 2/4.
2.Panaskan ibu sambal bersama buah strawberi yang dikisar, tambah air jika perlu. Masak sehingga sebati dan agak pekat.
3.Masukkan bawang besar yang dihiris dan perisakan dengan garam. Pastikan secukup rasa.
4.Masukkan pula buah strawberi yang dibelah tadi, perlahankan api dan biar sehingga agak pekat.
5.Hidang bersama dengan nasi lemak, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur rebus, ayam goreng dan hirisan timun.
Memang bertambah. Sedap! |
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan