BismillahirRahmanirRahim
Hari ketiga (14 Julai 2022)
Suhu jam 7:00 pagi di Tanah Rata sekitar 16 darjah celsius. Aku dan Saffura bersedia untuk berjalan kaki, kami mengikut laluan yang sama seperti semalam. Tapi tidak singgah di Kampung Taman Sedia, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Brinchang.
Suasana begitu nyaman tatkala menyusuri laluan pejalan kaki dengan pemandangan hutan di sebelah kanan. Tidak terasa mendaki kawasan yang berbukit tinggi kerana suasana begitu menyegarkan. Kelihatan keseluruhan perkampungan Taman Sedia yang agak luas nun di bawah bukit.
Pokok paku pakis yang besar nun di bawah sana |
Menghampiri bangunan lama yang begitu terkenal iaitu Smokehouse Hotel , terdapat laluan berupa ranting pokok yang terbiar sehingga menghalang laluan. Aku terjatuh sewaktu mahu menyeberang bagi mengelak halangan tersebut. Terlukalah sedikit kedua belah lututku.
Selepas kejadian tersebut kami mengambil keputusan untuk mengambil jalan pintas dengan melalui ke Smokehouse yang seiiringan dengan padang golf. Kagum melihat suasana sekitar Smokehouse yang dijaga rapi dan penuh dengan bunga-bungaan.
Rasa macam nak masuk tengok tamannya tapi tak boleh, hanya untuk mereka yang menginap di situ sahaja. Jadi kita tengok ikut pagar jelah.
"Jom ma, dok kat sini." Ajak Saffura.
"Lain kali, insya-Allah." Balasku
Ambil gambar je dari pagarnya |
Ramai juga yang duduk kat sini |
Kami meneruskan perjalanan melalui Kampung Taman Sedia dan ada sungai di sini. Sayangnya tidak dijaga dengan baik, banyak sampah. Sedih.
Sampai di hotel, Tn Haji Azman beserta isteri dan cucu-cucunya yang seramai lima orang sedia menanti untuk sarapan. Hari ni ada sarapan di hotel, mungkin bilangan penyewa ramai kot. RM12.00 satu kepala untuk dewasa. Ada nasi lemak, mihun goreng, telur mata, roti bakar beserta jem strawberi yang disediakan oleh pihak hotel. Sedap dan murah.
Lebih kurang jam 10:00 pagi kami ke Cameron Valley Tea yang terletak di tepi jalan tu. Jika dari Tapah, mesti jumpa ladang teh ni sebelum sampai ke Tanah Rata. Kami tidak ke kafe yang sentiasa penuh dengan orang ramai. Sebaliknya turun ke bawah sedikit untuk masuk ke ladang teh.
Kereta buggy |
Kami menaiki kereta buggy dengan bayaran RM15 seorang, boleh juga berjalan kaki tapi kena bayar RM5 seorang. Sempat kami berselisih dengan pemilik Ladang Teh Bharat ini yang sedang berjalan kaki dengan isterinya. Dato Vinod namanya, kami diberitahu oleh pemandu kereta buggy tersebut. Aku hanya sempat melihat isterinya, tak nampak pula dato'nya.
Ada seekor anjing yang besar saiznya bersama mereka. Menurut pemandu yang sudah bekerja lebih daripada 40 tahun itu, jika ada anjing tu bermaksud dato pun ada bersama.
Itulah tempat yang kami nak pergi, jauh di bawah. |
Terpegun sekejap bila pemandu tu kata, ladang teh ini seluas 500 ekar. Bayangkan berapa kayanya pemilik ladang teh ini. Lalu aku pun mahu tahu siapa pemiliknya. Boleh baca di https://mrkumai.blogspot.com
Kami dibawa terus ke bahagian paling bawah. Ada aliran sungai dan kawasan untuk berehat. Ianya juga tempat untuk menunggu kereta buggy apabila mahu kembali semula ke atas.
Inilah tumpuannya tapi air terjun buatan rupanya. |
Pelancong dari Qatar berkelah kat sini |
Selepas puas bergambar di belah bawah, kami mendaki kawasan berbukit pula. Ya Allah nyamannya suasana di sekitar pohon-pohon teh ini. Tiupan angin yang lembut bersama aroma daun teh yang datang dari bangunan kilang diadun bersama. Indahnya menikmati suasana alam yang serba hijau.
Rumah pekerja kot. |
Yang berbumbung hijau kilang proses daun teh rasanya. Sebelah kiri itu rumah tuan punya syarikat Bharat ni. Boleh nampak rumah tu dari jalanraya. |
Pot yang bagus untuk bergambar, memang cantik. |
Pokok Angel's Trumpet bunga putih melambai-lambai ditiup angin. |
Kita perlu ke tempat tadi untuk menaiki kereta buggy dan balik ke kawasan kafe.
Mestilah nak minum teh kan, jadi kami order satu teko teh untuk tiga orang. RM33.00. Teringin pula nak rasa scones yang popular di CH. Dua biji bersama set jem strawberi, butter dan cream RM16.04. Memang sedap, ianya tawar sebab tu perlu makan bersama jem.
Iklan buku jap. Mai la beli. |
Tak puas makan, kena cuba buat ni. |
Lebih kurang pukul 11:00 pagi kami bertolak ke Lavender Garden. Seperti biasa laluan Brinchang ke Kea Farm memang perlahan kerana banyak kenderaan. Kawasan Kea Farm dipenuhi kereta kerana menjadi tumpuan untuk orang ramai membeli belah. Aku tak singgah langsung, malas.
Nak masuk ke Lavender Garden ni perlu bayar RM20.00 seorang, mahal kemain. Namun kami agak kecewa melihat pokok lavendernya yang tak banyak mana. Maklumlah kami pernah tengok lautan pokok tersebut di Belanda, jadi kurang mengancamlah sedikit.
Namun untuk kanak-kanak memang best, sebab ianya seperti taman tema. Pelbaga jenis bunga ada. Jom tengok gambarnya.
Daun pulak yang lebat |
Spesis lavender |
Yang ni unik dan jadi tumpuan |
Ni pun lavender katanya |
Tak lama kami kat sini, lebih kurang pukul 1:30 kami pun balik. Berehat di bilik sehingga petang. Aku dan suami keluar ke Billion Shopping Centre (dulu tanah ni milik tentera) yang merupakan mercu tanda terkini di Brinchang. Aku beli barang untuk dihadiahkan kepada keluarga Tuan Haji Azman.
Meriah juga |
Malamnya kami menjamu selera dengan stemboat di Restoran TAC yang terletak di sebelah hotel. Puas hati dengan kepelbagaian menunya, tambahan pula ada huruf "A" untuk kualiti restorannya. RM45 untuk seorang dewasa, RM35 untuk warga emas (50 tahun ke atas)
Puas makan kambing bakar |
Best. |
Bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan