BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Didoakan agar semua pengunjung blog ini sihat walafiat hendaknya. Maklumlah, suasana persekitaran kita agak membimbangkan dengan pelbagai penyakit berjangkit dan suasana cuaca yang tidak menentu. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.
Maaflah dah lama tak bersiaran ya.
Hari ni aku nak berkongsi tentang percutian kami sekeluarga ke destinasi popular di Malaysia iaitu Cameron Highlands. Tempat yang paling kerap kami kunjungi. Setelah dikira, adalah sepuluh kali (termasuk yang baru-baru ni) kami ke sana dan bermalam. Ada juga yang singgah sahaja tanpa menginap.
Boleh ingat ke?
Kali pertama sewaktu aku masih bujang, mengikuti rombongan sahabat dari Melaka. Tak silap pada tahun 1990. Masih ingat lagi, bas sampai ke Masjid Tanah Rata pada waktu subuh. Kami bermalam di rumah banglo satu tingkat, milik Persatuan Bola Sepak Pahang. Sejuknya, waktu tidur kami berimpit-impit supaya tidak sejuk. Kami melawat Blue Valley yang dikelilingi ladang teh dan kebun bunga ros. Kawan baik waktu itu ialah Puan Rosni dan Puan Yudasma.
Kali kedua dibawa suami selepas berkahwin, tahun 1991.
Lepas tu dah tak ingat tahunnya lagi. Hanya ingat tempat menginap. Antaranya:
Hotel The Cool Point (4)
Hotel Merlin (depan padang golf)
Hotel Heritage (Kursus guru)
Homestay Mardi
Homestay di Perumahan Makmur
Kali terakhir ke CH tahun 2016, dah 6 tahun. Aduh rindunya.
Kebetulan ada kelapangan masa, jadi kami ke sana pada 12 Julai hingga 15 Julai 2022. Lebih kurang pukul 10:00 pagi kami mulakan perjalanan.
Sebab ada Mak Mentua, kami memilih jalan yang tidak begitu memeningkan. Iaitu laluan Raub - Sungai Koyan - Cameron Highlands. Pernah sekali kami menggunakan jalan ini sewaktu balik dari CH. Jalannya lebih luas dan lebih selesa namun agak jauh dan sunyi.
Keluar dari Lebuhraya Pantai Timur ke Raub. |
Menuju ke Sungai Koyan |
Dari Felda Sungai Koyan ambil simpang di sebelah kiri. Laluan ini dipenuhi dengan kawasan hutan dan perkampungan orang Asli, antaranya Pos Betau. Ada kawasan R&R di sini. Banyak juga kenderaan yang melalui laluan ini jadi tak sunyi sangat.
Menghampiri Pekan Ringlet, kita akan nampak banyak kebun sayur dan kebun bunga yang dilitupi dengan plastik (green house). Bilangannya memang banyak sehingga ke puncak bukit.
Tu dia kebun sayur. |
Sampai hotel lebih kurang pukul 3:00 petang setelah dua kali berhenti dalam tempoh yang agak lama. En. Suami telah membuat tempahan seminggu awal untuk menginap di The Cool Point Hotel . Ianya menjadi pilihan kerana terletak di pusat bandar Tanah Rata jadi sangat hampir dengan kebanyakan tempat tumpuan pelancong.
Kawasan parkir yang luas dan dekat dengan bangunan hotel |
Biliknya dengan standard Hotel Seri Malaysia |
Tak jauh dengan Perhentian Bas dan Teksi Tanah Rata |
Hanya menyeberangi jambatan untuk ke kedai tumpuan ramai. |
Ni haa jambatannya |
Restoran TAC, sebelah hotel je. |
Dikelilingi pokok pain, seolah di luar negara |
Harga bilik untuk semalam ialah RM115.00 jika dilihat pada laman page hotel ini. Namun kami diberi keistimewaan dengan hanya RM100. Bilik juga dinaiktaraf ke bilik VIP. (RM100 x 2 x 3 malam = RM600 ). Sungguh selesa. Harga ini tidak termasuk sarapan. Jika sarapan diadakan, bayaran sebanyak RM12.00 seorang. Kami berpeluang bersarapan sebanyak dua kali tanpa dikenakan bayaran.
Bilik VIP |
Memang best bilik ni. |
Layanan istimewa oleh pemilik hotel ini menyebabkan kami merasa malu untuk menginap di sini selalu. Ada masanya kami ambil hotel atau homestay di tempat lain.
Sebenarnya pemilik hotel ini adalah rakan En suami semenjak mereka di sekolah rendah sehingga menengah. Jadi mereka berdua agak rapat. Tuan Haji Azman adalah bekas tentera dan isterinya Puan Hajah Maria pula berasal dari CH. Selepas bersara mereka mengusahakan hotel ini, dah lebih 20 tahun rasanya. Namun buat masa sekarang anak mereka yang menguruskannya.
Lama juga kami tidak ke hotel ni, jadi ada penginapan lain di atas bukit belakang bangunan utama. Dikenali dengan Hiilside Cottage, jadi perlu naik tangga lah.
Jom merayau-rayau atas bukit pula.
En Suami dan Tuan Haji Azman (kiri) |
Terima kasih Puan Maria |
Malamnya aku dan En suami ke sekitar pekan Tanah Rata. Ada laluan di Restoran TAC untuk ke pasar malam harian tidak jauh dari kawasan parkir awam. Terdapat banyak kedai-kedai makan termasuk Ikhwan Delights Restaurant di Medan Selera Tanah Rata. Tidak seperti beberapa tahun yang lalu, agak susah untuk mendapatkan makanan yang sesuai dengan selera di CH.
Kita sambung nanti ya. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan