BismillahirRahmanirRahim
Daerah Hulu Langat memang terkenal dengan keindahan desa dan sungainya. Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, ianya menjadi pilihan warga kota untuk berhibur dihujung minggu. Sebut sahaja Sungai Congkak, pasti terbayang kawasan berkelah yang nyaman dan damai. Sungai yang mengalir begitu panjang, tidak pasti di mana ianya bermula dan berakhir. Di situlah ramai pengunjung akan menghabiskan masa dengan mandi-manda serta makan minum bersama keluarga atau kawan-kawan.
Hulu Langat juga menjadi pilihan kami untuk merehatkan diri dalam jangka masa yang pendek. Biasanya kami ke Pekan Batu 18 untuk membeli Kuih Putu Piring yang sedap, sudah lebih 10 tahun kami menjadi pelangan kakak tersebut. Selepas beli kami akan ke kawasan rehat tidak jauh dari situ untuk duduk dan makan kuih yang dibeli ketika masih panas. Sambil makan aku suka memerhati aliran sungai yang mengalir deras. Memang cantik.
Minggu lepas kami ke sana lagi setelah beberapa bulan tidak merasa kuih putu piring akibat PKP. Biasanya kami akan ke sana selepas asar dan sampai di rumah sebelum maghrib. Lupa pula nak ambil gambar putu piring. Layan ajelah gambar sungai kat Batu 18 ni.
Selepas makan kami terus ke arah Sungai Congkak hingga ke Pangsun. Kelihatan banyak perubahan dengan adanya banyak kawasan berkelah di sepanjang sungai di situ. Ramai pengunjung walaupun hari sudah beransur gelap. Dalam perjalanan balik, sempat aku dan Safffura singgah di salah satu lokasi yang bernama Lubok Manggis. Terpana sungguh dengan keindahan pemandangan air sungai di situ.
"Cantiknya macam kat Janda Baik." Aku memberi komen kepada Saffura sambil mengambil gambar.
Suka sangat dengan gambar ni |
Sesuai untuk mandi |
Bersih dan segar |
Pondok yang sesuai untuk aktiviti beramai-ramai. |
Di kawasan ini ada disediakan kemudahan untuk berkelah, memasang khemah atau boleh sewa pondok-pondok yang disediakan. Pastinya dikenakan kos untuk setiap kemudahan yang disediakan. Insya-Allah mahu ke sana satu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan