Hasrat untuk belajar cara membuat maruku tercapai juga akhirnya. Selepas puas berhari raya, aku memanafaatkan masa yang ada untuk belajar beberapa resepi makanan kudapan dari emak mentuaku.
"Waktu dahulu, kuih raya buat sendiri, kalau tak memang tidak merasa kuih raya." Cerita emak sambil tanganku menguli adunan maruku.
"Ya lah zaman dahulu mana ada tunjuk tunjuk macam sekarang." Balasku sambil ketawa.
Banyak resepi dari emak yang sedang aku kumpulkan.
"Saya masukkan resepi emak dalam blog saya, jadi mak dapat pahala berterusan selagi pembaca menggunakannya." Terangku kepada emak tanda meminta izin.
Emak gembira bukan kepalang, semangat untuk menolongku berkobar walaupun kudratnya tidak sekuat dahulu. Aku menggunakan resepi asal emak yang sudah berusia puluhan tahun tanpa sebarang bahan tambahan lain.
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Maruku
Bahan2:
500 g tepung maruku
500 g tepung beras pulut
1-2 sudu besar lemuju
Garam
4 biji telur
Santan pekat secukupnya (boleh guna santan kotak)
Daun kari.
Cara Membuatnya:
1. Gaulkan kedua-dua tepung ke dalam sebuah bekas.
2. Masukkan lemuju dan garam. Masukkan telur dan kacau.
3. Masukkan santan sambil digaul supaya sekata. Masukkan
sehingga doh lembut dan mudah ditekan apabila dimasukkan
ke dalam acuan.
Adunan yang sudah siap |
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Terus tekan doh dari acuan
di dalam minyak. Api hendaklah sederhana.
Goreng di dalam minyak yang banyak |
5. Boleh dimasukkan daun kari ketika menggoreng atau selepas
digoreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan