Pajeri terung
paling sedap pernah aku nikmati ialah hasil masakan Arwah En Salleh dan Arwah
isterinya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua. Mereka memasak untuk majlis kenduri kesyukuran untuk aku, suami dan emak mentuaku
yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun 1994. Ketika itu kami tinggal di kuarters Stesen Satelit Lendu di Alor Gajah Melaka.
Suamiku merupakan Pengurus stesen dan kebanyakan staf tinggal di
dalam kawasan stesen. Meriah sungguh majlis tersebut.
Di Riyadh terung dapat diperolehi dengan mudah kerana
ianya menjadi kegemaran masyarakat di sini. Terung yang besar dan berwarna ungu
gelap terdapat di semua kedai dan harganya murah . Ada yang mencampurkan terung dan nenas untuk menyediakan pajeri...baru aku tahu. Namun dalam bab masakan asli aku tidak berani untuk berinovasi, alamatnya aku seorang yang kena habiskan.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2
2 biji terung sederhana saiznya (dibelah memanjang)
1- 1 1/2 mangkuk
santan yang agak pekat
2 sudu besar
rempah kari ayam Adabi
1 inci halia
1 biji bawang
besar
4 ulas bawang
putih
(½ bawang
besar dihiris untuk menumis, ½ bawang besar
lagi dikisar bersama bawang putih
dan halia)
Sedikit hirisan halia untuk menumis
1/2 sudu besar
serbuk lada hitam
1 sudu besar
kerisik
1 sudu besar
udang kering
sedikit gula Melaka
Minyak dan
garam
Kulit kayu
manis dan bunga lawang untuk menumis
Cara Membuatnya:
1.Campurkan semua bahan kisar, rempah, serbuk lada hitam
kerisik dan sedikit santan/air dan gaul rata.
2.Panaskan
minyak dalam sebuah periuk. Masukkan bunga lawang
dan kulit kayu manis. Masukkan
bawang dan hirisan halia dan
goreng hingga garing.
3.Masukkan
rempah yang sudah digaul dan goreng hingga berbau
atau naik minyak. Masukkan
udang kering dan gula Melaka,
kaca seketika.
4. Masukkan
santan dan biarkan mendidih baru masukkan
terung. Apabila
terung sudah agak empuk, kecilkan api dan biarkan
sehingga agak pekat.
Jumpa Pajeri nenas & terung di Lumut, Perak. Rasanya lebih kepada pajeri nenas. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan