Berlalu 2014
Disember 2014
Rakan-rakan kumpulan Haji 1436H mengadakan Majlis Perpisahan buat Pn Hjh Afifah dan suaminya yang akan
exit. Majlis tersebut diadakan di Thumamah Camp , milik Takhasushi Hospital yang terletak di dalam Hutan Simpan Thumamah. Semuanya diuruskan oleh Pn Hjh Yuslida dan suaminya yang bekerja di King Faisal Hospital. Tempatnya begitu istimewa dan tidak boleh dimasuki sewenang-wenangnya. Nama dan nombor plet kereta mesti diberikan sebelum harinya. Kami perlu mendaftar di pintu masuk dan ditanya nombor khemah yang mahu dituju. Kawasan hutan simpanan ini begitu luas. Terdapat ladang-ladang dan dua akademi penerbangan milik swasta di dalamnya. Terdapat juga kawasan luas untuk melakukan aktiviti sukan yang melibatkan penerbangan. Hampir 20 km jarak khemah kami dengan pintu pagar utama. Pemandangannya memang memukau dan terdapat 4 khemah dengan diasingkan kepada dua setiap satu pada jarak yang agak jauh. Terdapat satu khemah besar dan satu khemah kecil . Khemah besar dilengkapi dengan tempat untuk membakar kayu ketika musim sejuk. Terdapat tandas dan beberapa kemudahan lain seperti tempat untuk memangang dan paip khas untuk memasak makanan.
|
Pintu masuk ke Thumamah Camp |
|
Pemandangan indah |
|
Sunyi ....hanya kami |
|
Persekitaran khemah utama |
|
Khemah satu lagi |
|
Tandas |
|
Kanak-kanak paling suka bermain tanpa henti |
Kami menghabiskan masa dengan menjamu pelbagai juadah yang dibawa. Menu utama semestinya nasi putih dengan pelbagai lauknya, pizza, pasta, mee goreng, nasi goreng ,kuih muih dan macam-macam lagi. Angin sejuk bertiup menjadikan suasana begitu menyeronokkan.
|
Jom makan-makan |
|
Kaum ibu bergambar |
|
Kaum bapa tidak ketinggalan |
|
Jumpa lagi Pn Hjh Afifah(memegang beg) |
Saffura memulakan pengajian al Quran dan hafazan dengan guru baru dari Malaysia yang sedang belajar di Riyadh. Kami meminta bantuannya mengajar Saffura dan aku juga ikut serta. Walaupun hanya seminggu sekali, ianya begitu bermakna. Saffura berhenti mengaji dengan Israaq kerana tidak mampu mengejar rakan-rakan lain yang sudah jauh ke depan. Lagi pula aku tidak mahu membebankan Israaq yang juga sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar. Di tanah air, beberapa negeri dilanda banjir yang teruk. Kelantan lebih terkesan lagi. Kami amat bersimpati dengan beberapa musibah yang melanda negaraku satu demi satu tanpa berhenti. Mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Tahun 2014 pun berlalu meninggalkan banyak kenangan pahit manis untuk diingati.
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan