BismillahirRahmanirRahim
Pegaga memang antara ulam kegemaran kami sekeluarga. Ada banyak jenis pegaga seperti Pegaga Nyonya (Pegaga Kerinting) yang biasanya dijual di pasar. Pegaga Kampung (Pegaga Ubi Biasa) pula agak susah untuk ditanam namun boleh didapati dengan banyaknya di kawasan berumput di kampung. Pegaga Daun Lebar pula agak jarang KakJee dapat lihat. Pun begitu jenis Pegaga Gajah banyak KakJee tanam kerana ianya mudah membiak dengan suburnya. Tetapi pegaga jenis ini agak pahit.
Banyak pula berbaki daun pegaga yang dibeli suami. Kebetulan ada stok keledek oren, apa lagi timbul idea untuk buat masak lemak.
Pegaga Nyonya
Pegaga Gajah yang KakJee tanam.
Resipi Masak Lemak Pegaga Sama Uni Keledek
Bahan2:
1 ikat daun Pegaga Nyonya
1 biji ubi keledek dipotong dadu sederhana besar
1/2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 helai dun kunyit
1 biji cili merah dihiris
1 cawan santan pekat
Garam
Air
Cara Membuatnya:
1.Daun Pegaga dibersihkan dan disimpulkan.
2.Satukan air secukupnya bersama keledek, bawang putih, bawang besar, cili, garam dan daun kunyit. Masak sehingga ubi keledek lembut.Tambah air jika perlu.
3.Masukkan daun pegaga dan santan. Kacau perlahan sehingga daun pegaga lembut. Tutup api.
Hidang bersama nasi putih. Lebih sedap jika ada sambal.
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan