BismillahirRahmanirRahim
Bila gambar Bomboloni dimasukkan dalam status WhatsApp, ramai yang bertanya. Ehmmm banyak peminat rupanya. Tapi Bomboloni ini memang sedap dan mudah disediakan. Resepi asal diberi oleh Pn Azzah namun aku terpaksa menambah beberapa arahan yang kurang jelas. Juga dengan merujuk resepi dari FB. Jom layan...Resepi ini untuk lebih kurang 20-22 biji.
Resepi Bomboloni
Bahan2:
11 gram yis kering (1 paket)
2 sudu makan susu pekat
320 gram air suam ( 1 1/2 cawan)
2 sudu makan gula
Campurkan semua bahan ini dan biarkan sehingga kembang
540 gram (4 cawan) tepung gandum*
50 gram marjerin/mentega* (2 sudu makan)
2 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil garam*
Cara Membuatnya:
1.Campurkan semua bahan bertanda * ke dalam bekas. Ramas bahan-bahan ini hingga menjadi serbuk roti.
2.Masukkan bancuhan yis dan gaul rata. Adunan memang lembik dan melekat di tangan, jangan risau.
3.Tutup bekas dengan penutup atau plastik, biarkan selama 1 jam.
Memang lembik |
4.Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin.
Selepas 1 jam...ni belum tumbuk |
5.Jika melekat boleh campurkan tepung supaya boleh dipegang.Timbang doh anggaran 40 g.
9.Lubangkan donat dari bahagian tepi dan korekkan bahagian dalamnya dengan chopstick
10.Pipetkan Nuttela ke dalam donut melalui lubang tersebut dengan piping beg.
Tarrraaa |
Buat sendiri, puas makan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan