Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Lewat petang kami tiba di Mersing yang jaraknya kira-kira 150 kilometer dari Pekan. Perjalanan mengambil masa lebih dari 3 jam kerana banyak tempat yang kami singgah. Selepas berehat sebentar di bilik hotel, kami bersiar-siar sekitar Bandar Mersing.
|
Jambatan yang merentasi Sungai Mersing di tengah bandar. |
|
Mersing terletak di muara Sungai Mersing |
|
Pemandangan menghala ke laut |
|
Pantai sewaktu air surut, boleh berjalan hingga ke pulau kot. Pulau terdekat ialah Pulau Mawar. |
|
Ini sewaktu air pasang pula.....berbeza betul keadaannya |
|
Tidak jauh dari pantai terdapat gerai jualan keropok, ikan masin, sata dan sebagainya.
Seperti berada di Terengganu. |
|
Pemandangan dari kawasan Masjid Mersing yang terletak di atas bukit |
|
Setiap arah dihidang dengan pemandangan laut. |
|
Masjid Mersing |
Pantai Air Papan
Terletak tidak jauh dari pusat bandar, sempat juga kami menikmati pemandanganyang indah.Kawasan ini menjadi tumpuan ramai dengan pelbagai aktiviti.
|
Mercu tanda |
|
Pantai yang luas dan lapang |
Pantai Penyabong
Terletak sekitar 36 kilometer dari Bandar Mersing. Memang tidak rugi berkunjung ke sini. Di dalam perjalanan kami dapat melihat kawasan perkampungan Melayu di sekitarnya. Banyak resort yang terletak di sekitarnya bagi mereka yang mahu duduk lebih lama di sini.
|
Damai dan nyaman. |
|
Keindahan terganggu sedikit dengan aktiviti membina jambatan. |
|
Sangat cantik |
|
Buat tinjauan untuk masa hadapan andai mahu berkunjung lagi. |
|
Untuk yang minat aktviti berkayak bolehlah singgah. |
|
Pemandangan dari atas jambatan untuk ke Pantai Penyambong |
Melepasi jambatan kami melihat ada kawasan persendirian yang terjaga sekitarnya, berbeza dari apa yang kami lihat sebelum ini.Kami pun masuk melalui jalan kecil yang menuju ke kawasan pantai. Tidak disangka ada banyak kereta lain sekitarnya. Aku tidak pasti nama pantai yang cantik dan unik ini. Sesuai untuk mereka yang mahu bersendirian.
|
Tertarik dengan kawasan sekitar....jom tengok |
|
Ada yang berkhemah dan memancing di sini |
|
Sunyi |
Dua hari satu malam sememangnya tidak mencukupi untuk bercuti di Bandar Mersing. Ada lagi pantai yang tidak sempat kami singgah seperti Pantai Tanjung Resang, Pantai Teluk Gorek, Pantai Teluk Buih dan Pantai Tanjung Leman.
Hasrat untuk ke pulau-pulau pun tidak kesampaian. Pulau Besar, Pulau Hujung, Pulau Sibu, PulauTengah, Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Dayang, Pulau Pemanggil dan Pulau Tinggi.
Banyaknya.
Mersing juga kaya dengan tempat untuk melakukan aktiviti lasak seperti mendaki kawasan tinggi. Hutan Lipur Gunung Arong popular di sini. Taman Negara Endau-Rompin pula menawarkan pelbagai flora dan fauna yang eksotik.
Percutian di Mersing sememangnya mendamaikan dengan pemandangan pantai yang memukau.Ditambah pula ianya tidak padat dengan pelancong.
InsyaAllah kami mahu singgah lagi di Mersing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan